Nama usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik satu video di TikTok miliknya yang memaparkan perbelanjaan bulanan kedua-dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak.
Perkara itu mencuri perhatian netizen apabila amaun perbelanjaan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen mencecah RM 1 juta ringgit pada bulan Julai lalu. Untuk bulan November pula, Cik B berbelanja sebanyak RM 23,000.
@datoserividaofficial Oloh anak mama lagi kayo dari mama loni 😱 hasil jual salmon skin ke tu @cikb_havoc66 @KACAK WORLD #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #salmonskincikb #masukfypdong #masukfyppls #fypシ゚viral #foryoupage #masukberandafyp #fypage #gelakdsv
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Sementara itu, anak lelakinya Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eddie Zuhdie enggan berkongsi jumlah perbelanjaanya tetapi masih berseloroh dan menunjukkan baki akaunnya yang kurang dari RM 20.
Dia juga sempat bergurau dan berkata dia lebih suka untuk menyimpan duit daripada membelanjakannya.
“Mak dia tengok anak spend sejuta macam RM 100 je weh!”
Perkara itu sudah pastinya membuatkan ramai netizen terkedu melihat perbualan tiga beranak itu namun masih terhibur dengan telatah mereka.
Apatah lagi perbualan mereka tersebut ‘diselitkan’ dengan gelak tawa DSV yang sangat ikonik itu.
Baki akaun lebih kurang je kita, tapi spending tu….
Sumber: TikTok