in

“Harap lepas kahwin pun indah macam ni” – Tolong Potong Kuku & Basuh Tangan, Risteena Tayang Kebahagiaan Bersama Tunang, Isa Khan

Alolo Cweetnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah cinta pelakon Nur Risteena dan Isa Khan kini bukan lagi rahsia. Pasangan romantis ini telahpun mengikat tali pertunangan baru-baru ni dalam satu majlis khas yang diadakan pada 6 Disember lepas.


Bila hati sudah berbunga-bunga, Risteena tanpa berahsia dan segan silu lagi telah berkongsi video pendek di Instagram yang menunjukkan momen indahnya bersama tunang yang disayangi. 

 

“Perasaan cinta yang terlalu mendalam membuatkan saya seorang yang istimewa dalam hidupnya” 

Menerusi posting tersebut, Risteena telah meluahkan perasaan dan kebahagiaan yang dia alami bersama Isa Khan sepanjang mereka mengenali antara satu sama lain.

Menurutnya lagi, dia berdoa semoga hubungan mereka berkekalan dan usaha yang ditunjukkan Isa dalam memenangi hatinya sangat bermakna dan takkan mungkin dia lupakan.

View this post on Instagram

Terlalu banyak yang kami lalui bersama walaupun dalam masa yang singkat. Tak sangka saya berjumpa dengan seseorang macam dia dalam hidup saya. Perasaan cinta yang terlalu dalam membuatkan saya seseorang yang istimewa dalam hidup dia. Terlalu banyak memori indah yang takkan dilupakan. Janji dia pada saya, akan menjadikan saya wanita paling bahagia di dunia ni. Teruskan menjadi orang yang sama saya jatuh cinta dulu. Semoga hubungan ini terus berkekalan. Saya bangga dengan apa yang dia usaha sekarang. Always proud of him. Effort dan kesungguhan dia tak mungkin semua orang boleh buat. Semoga saya terus menjadi semangat dan kekuatan awak. Semoga awak berjaya dunia akhirat. Saya bangga dengan apa yang awak usahakan dan apa yang awak ada sekarang. I’m proud to say this, my Isa Khan. P/s: Masa ni belum terfikir untuk ada @lovit_hq pun. Now dia dah menjadi seorang founder yang hebat. Cepatnya awak sayang. Mudahnya semua urusan awak. Saya sentiasa doakan @lovit_hq kita berjaya bersama team kita?

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

 

Potong kuku, basuh tangan, suap makanan buat tunang

Yang menariknya, video yang berdurasi 3 minit ini telah memaparkan aksi romantis pasangan tersebut yang antaranya seperti tindakan Isa yang membasuh tangan, memotong kuku, membasuh kaki dan juga menyuap makanan kepada tunangnya itu.

Amboi bersemut aihhh min tengok! Dah lebih 100k tontonan dah video ni. 

Ris 1

Ris 2

Ris 3

Ris 5
sumber: instagram

 

“Semoga lepas kahwin akan seperti ini hingga akhir hayat” 

Rata-rata netizen memang melting habislah tengok video pasangan romantis ni. Kebanyakannya mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia hingga ke jannah dan tak kurang juga yang berharap perkara yang dilakukan Isa Khan ini akan berkekalan hingga mereka kahwin nanti. Bukan untuk sekarang je tau! 

Jannah
sumber: instagram

Harap lepas kahwin pun sweet macam ni jugak ye! 

Baca: “Gedik tu simpan sikit” – Netizen Bitter Tengok Kekasih Ruhainies ‘Gigih’ Bawa Pinggan Nasi Kandar Masuk Kereta Sebab…

Gedik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.