in

“Hanya shopaholic yang kenal dia” – Pengirim Parcel Mr Hu Jadi Tanda Tanya, Kalau Order Online Dari China Mesti ‘Dia’ Yang Hantar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia serba serbi moden dan berteknologi ini, siapa saja tak menggunakan platform membeli belah atas talian macam Shopee dan Lazada semua tu kan?


Tambah-tambah pula masa tarikh istimewa macam 11.11 minggu lepas, korang mesti takkan lepaskan peluang untuk shopping online sebab masa inilah korang akan dapat potongan harga kaw-kaw tau!

Pun begitu, seorang pengguna Twitter bernama Elle Zamuri baru-baru ni memuat naik gambar parcel yang diterimanya daripada Shopee dengan pengirim parcel tersebut bernama Mr Hu. Katanya, para shopaholic kat luar sana mesti kenal dengan Mr Hu, kan? 

Korang kenal ke siapa Mr Hu ni? Kalau order Shopee mesti dia jadi pengirim kan?

 

“Kita patut siasat siapa Mr Hu ni…”

Tweet tersebut kemudian menjadi viral dan rata-rata netizen mengakui mereka juga sering mendapat bungkusan yang dihantar daripada Mr Hu. Kalau order barang dari China je gerenti Mr Hu yang hantar kan? 

 

“Mr Hu tu actually agent from sorting center je” 

Namun misteri akhirnya terjawab apabila ada di antara netizen yang explain Mr Hu ini sebenarnya seorang agent dari gudang dan dia telah dipertanggungjawabkan untuk hantar barang yang kita order tu ke Malaysia. Ah gitu! Barulah admin tau sekarang. 

Bagi korang yang beli barang masa 11.11 hari tu, mesti tengah tunggu parcel daripada Mr Hu kan? Sabarlah ye… 

Baca: “RIP barang 11.11″ – Lori Kurier Terbakar Di Cheras, Semua Parcel Hangus Dijilat Api

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.