in

“Hanya lip sync lagu” – Pelakon Dedah Hanya Tahu Video Iklan Raya Promosi Judi Di Akhir Penggambaran

Feature 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita dikejutkan dengan sebuah video iklan raya judi online yang viral di media sosial. Ini telah menimbulkan kemarahan netizen sebab iklan tersebut macam tak menjaga sensitiviti orang Islam di negara ini terutamanya ketika bulan Ramadan.


Menurut mStar, pelakon video terbabit iaitu Saifullah Mohd Yunus mengatakan bahawa dirinya dan kesemua pelakon lain yang terlibat dalam iklan tu hanya mengetahui ia mempromosikan judi ketika akhir shooting.

Judi 1

Pada awalnya, mereka dihubungi oleh pihak produksi untuk membintangi sebuah rakaman video untuk Hari Raya. Kiranya, dorang ingat yang shooting ni shooting iklan raya biasa yang dibuat setiap tahun. 

Mereka kemudiannya telah dimasukkan ke dalam group Whatsapp ‘Raya MV Shoot March 2021’. Difahamkan, pelakon ni siap beli baju raya baru untuk rakaman video ni.

Dalam temu ramahnya bersama mStar, Saifullah diberitahu yang dia hanya memegang watak sampingan pada mulanya.

Setelah hampir kesemua scene selesai dirakam ketika akhir penggambaran, mereka dikatakan telah diminta oleh pihak produksi untuk lip sync lagu sebab suara sebenar adalah suara belakang tabir. Lirik lagu tu pulak telah diletakkan di sebelah kamera ketika rakaman. 

Judi 2

Saifullah juga mengakui kesilapannya dan dibelenggu rasa bersalah sampai tak boleh tidur. Dia juga kata yang dia sepatutnya lebih berhati-hati dalam memilih untuk menjayakan sesuatu projek. Korang boleh tengok video penuh temu ramah pelakon ni dengan mStar dekat sini

Namun, menurut Malaysia Gazette, kesemua pelakon video ni telah ditahan oleh polis semalam dan mereka akan direman pada hari ini. Apa-apa pun, kita tunggu siasatan lanjut dari pihak polis.

Sumber: mStar, Malaysia Gazette

Baca: Buat Iklan Raya Syarikat Judi, Polis Tengah Cari Pelakon & Penerbit Video

Judi

 

Sumber: Twitter
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.