in

“Hanya kita dan Allah yang tahu…” – Isteri Pertama Abang Tesla Buka Mulut Isu Dimadukan

Isteri Pertama Abang Tesla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial sejak beberapa hari ini kecoh dengan isu poligami yang tercetus selepas seorang influencer yang selalu berkongsi tentang automotif iaitu Abang Tesla.


Dia baru-baru ini membuat satu content yang memaparkan dia dan isterinya yang baru sahaja menunaikan solat, dengan beberapa potong ayat yang memberitahu isteri pertamanya reda dengan keputusannya untuk berkahwin lagi satu.

Dalam video yang membuatkan ramai bertelagah itu, Abang Tesla atau nama penuhnya Muhammad Khal Iltizam Yusry juga memanjatkan rasa syukur kerana mempunyai isteri pertama yang memahami serta menghormati keputusannya.

Terbaru, menerusi laman Instagram milik isteri Abang Tesla, Nurmajdina akhirnya membuka mulut mengenai isu rumah tangganya yang kini sedang menjadi bualan ramai.

1 3

“Stay strong baby. Hanya kita dan Allah Maha Mengetahui segalanya.

Korang doakan yang baik-baik untuk kami ya,” tulisnya ringkas.

Dalam IG Story itu, isteri pertamanya memuat naik gambarnya dengan suami serta memberikan kata-kata semangat untuk suaminya itu dan hanya meminta doa daripada orang ramai.

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis laman Instagram isteri pertama Abang Tesla itu telah disetkan ke mod private.

Hmm, agaknya isteri dia ok ke tak tu?

Baca: “Aku lempang kang” – Lawak! Suami Reen Rahim Kena Libas Sebab Nak Buat ‘Content’ Ala-ala Abang Tesla

Ft Reen Rahim Parodi Abang Tesla

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.