in

Hanya Kerana Dengar Radio Bahasa Asing, Seorang Kapten Nelayan Korea Utara Dijatuhi Hukuman Mati

Untitled Collage 92

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korea Utara, sebuah hermit kingdom begitu terkenal dengan peraturan-peraturannya yang ketat dan kedengaran sangatlah tidak masuk akal bagi kita.

Yang biasa kita dengar mungkin tak boleh mengambil gambar sebarangan, dan tak boleh pakai jeans berwarna biru.


Kalau pelancong pun perlu mematuhi aturan dan larangan ditetapkan sehingga membatasi pergerakan dan aktiviti yang hendak dilakukan, apatah lagi rakyatnya sendiri.

Berani langgar perintah, bersedialah untuk dihukum. Macam apa yang berlaku ke atas seorang kapten kapal nelayan yang dijatuhkan hukuman mati di depan khalayak ramai.

Silapnya cuma satu, dia layan radio bahasa asing je pun. Tapi sebenarnya ia dianggap sebagai satu kesalahan besar di Korea Utara.

LADBible yang memetik laporan Radio Free Asia memaklumkan, lelaki dikenali sebagai Choi itu dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku mendengar siaran radio asing yang diharamkan selama lebih 15 tahun di negara kuku besi tersebut.

Sebagai nelayan, Choi akan mendapat akses kepada siaran radio asing ketika berada di luar perairan Korea Utara. Namun dia dikantoikan oleh salah seorang anak kapalnya sendiri, dan dipaksa mengaku di hadapan pihak berkuasa.

Choi dipercayai pernah bekerja sebagai operator radio dan mula mencuri-curi dengar radio bahasa asing ketika berkhidmat dalam tentera. Kesalahannya itu dianggap sama seperti cubaan untuk menggulingkan pemerintah.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.