in

Haram Pakai Seluar Jeans, Ini 7 Peraturan Pelik Yang Diamalkan Di Korea Utara

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering kali kita mendengar bahawa Korea Utara adalah sebuah negara yang misteri dan penuh dengan rahsia.


Negara di bawah pimpinan Kim Jong-un ini juga sering mendapat kecaman daripada negara luar kerana dianggap tidak memberi kebebasan dan hak asasi manusia kepada rakyat mereka.

Ayuh kita selongkar lebih dalam lagi berkenaan Korea Utara tentang 7 peraturan pelik yang diamalkan di negara ini.

1. Gaya rambut yang terhad

Anda perasan tak wajah penduduk Korea Utara semuanya mirip dan sukar untuk dibezakan. Mana tidaknya, hampir semua penduduk Korea Utara mempunyai gaya rambut sama yang telah ditetapkan oleh kerajaan mereka sendiri.

11 1

111

Hanya terdapat 15 gaya rambut untuk lelaki dan 18 gaya rambut untuk wanita. Anda yang gemarkan rambut dengan gaya terkini pasti takkan suka peraturan macam ni!

2. Rakyat dilarang mengkritik pemimpin

Rakyat Korea Utara akan ditangkap dan dipenjara jika mereka didapati mengkritik pimpinan Kim Jong-un. 

Lebih teruk, pesalah boleh dikenakan hukuman mati jika didapati bersalah. Kebal betul kerajaan mereka, buat salah pun tiada siapa boleh kritik!

2 6

Penduduk Korea Utara juga perlu tunduk dan hormat kepada patung dan gambar pemimpin mereka. Malah, mereka perlu mengeluarkan semua jari jika mahu menunjuk ke arah pemimpin, ini adalah sebagai tanda hormat kepada para pemimpin.

3. Siaran televisyen terhad dan terkawal

Dikatakan hanya ada 4 siaran televisyen yang disediakan di Korea Utara. Empat!

3 4

Pemimpin mereka sangat menjaga penduduk mereka daripada berita dan pengaruh negara luar. Anda yang selalu kutuk Astro sering ulang siar cerita sama tu patut bersyukur kerana negara kita tidak dikawal seperti di Korea Utara.

Mereka nak layan Youtube pun tak boleh. Fuh!

4. Penjara 3 keturunan jika tidak turun mengundi

Rakyat Korea Utara wajib turun mengundi! Jika ada yang ditangkap kerana tidak mengundi, si pesalah dan keluarganya akan ditahan dipenjara selama tiga keturunan.

4 2

Buat anda yang nak tahu hukuman buat mereka yang tidak turun mengundi, boleh baca kisah Shin Dong-hyuk yang hidup di penjara selama 23 tahun.

Punyalah lama dalam penjara, dia tak tahu pun negara Amerika Syarikat itu wujud.

Pelik juga ada rakyat Malaysia yang tidak turun mengundi dan tidak kisah pun berkenaan pilihan raya. Siap berbangga pula tu. Anda yang tidak pernah mengundi tu, lepas ni turun mengundi okay. Tanggungjawab besar tu!

5. Akses internet adalah dilarang

Korea Utara mempunyai intranet mereka sendiri yang dipanggil Kwangmyong, dicipta pada tahun 2000. Mereka juga mempunyai perisian komputer sendiri yang diberi nama Red Star OS, yang direka dalam bahasa Korea.

5 1

55

Mereka tidak boleh mengakses berita dan aplikasi yang dicipta oleh negara luar. Hal ini bertujuan untuk melindungi penduduk Korea Utara daripada terpengaruh dengan ideologi negara luar.

6. Fashion barat dilarang

Rakyat Korea Utara dilarang untuk menggayakan fashion negara barat terutamanya dari Amerika Syarikat.

6

66

Seluar jeans pun dilarang, jika ada yang ditangkap memakai seluar jeans mereka mungkin akan ditahan dan dikenakan hukuman.

7. Pornografi diharamkan

Sebenarnya peraturan ini tidaklah sepelik yang dijangka kerana pornografi memang tidak patut ditonton pun kan?

Di Malaysia, jika anda ditangkap menonton video porno paling teruk pun anda akan dimarahi oleh ibu bapa atau dihantar ke pusat kaunseling.

7 1

Namun di Korea Utara, jika anda ditangkap menonton video pornografi, si pelaku akan dijatuhkan hukuman mati!

Silap-silap belum sempat mandi junub dah kena hukuman. Bahaya betul!

Sebenarnya ada banyak lagi peraturan pelik yang ditetapkan oleh pemimpin Korea Utara untuk rakyat mereka. Kita patut bersyukur kerana Malaysia masih aman dan rakyat bebas untuk bersuara dan mengkritik pemimpin mereka. Jangan salah guna pula!

 

BACA: Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un Disyaki Telah Meninggal Dunia?

Cats 6

Sumber: Yolah
Sumber: Yolah
Sumber: Yolah
Sumber: Yolah
Sumber: Yolah
Sumber: Yolah
Sumber: Yolah
Sumber: Yolah
Sumber: Yolah
Sumber: Yolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.