“Hantaran mahal, siang ikan tak reti…” – IG Story Elfira Loy Pasal Masak Jadi Perbalahan Netizen Dekat Twitter

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa kata isteri je yang kena tahu semua benda perihal masak di dapur? Asal perempuan je kena tahu masak, tahu kemas rumah tahu semualah. Masyarakat seolah-olah ada tanggapan yang semua kerja rumah mestilah dibuat oleh kaum isteri.

Lepas tu, kalau ada mana-mana isteri yang tak tahu buat apa-apa kerja, contohnya kerja di dapur, haa mulalah semua nak condemn. Macam apa yang terjadi dekat Elfira Loy baru-baru ni.

Baru-baru ni Elfira atau lebih mesra dipanggil El ada upload instastory boomerang suami dia tengah siang ikan di dapur. Dekat boomerang tu, El letak ayat ni,

I don’t know how to siang ikan hahahaha, Thank God he knows.”

Sumber: Instagram

Disebabkan instastory tu, netizen berbalah dekat Twitter. Ada seorang lelaki komen dan cakap,

Hantaran mahal mahal, siang ikan pun tak reti.”

Sumber: Twitter

Bukan tu je, ada juga yang cakap El malas tolong mak dekat dapur, that’s why tak pandai buat kerja mudah seperti siang ikan. Ada juga yang condemn cakap benda macam tu kaum isteri boleh belajar sebelum berkahwin.

Sumber: Twitter

“Masalahnya benda-benda ni dah boleh belajar sebelum mendirikan rumah tangga cik kak.”

Sumber: Twitter

Tapi, dalam pada netizen condemn El sebab tak reti siang ikan, ramai juga sebenarnya yang back up dan cakap benda macam tu boleh je belajar lepas kahwin.

Bukan tu je, dalam perkahwinan it’s all about partnership. So, kalau isteri memasak, suami boleh tolong potong ikan ke ayam ke atau sediakan bahan-bahan nak masak. Tak ke bekerjasama tu, yelah yang nak makan dua-dua bukan isteri sorang je. So why not, buat sama-sama kan?

Sumber: Twitter

Ramai juga yang balas dekat lelaki tu that isteri bukan dikahwini untuk dilayan seperti orang gaji. Ada juga yang kongsi pasal marriage ibu bapa dorang dan berpendapat suami isteri boleh je bekerjasama buat kerja rumah. Betul tu!

Sumber: Twitter

Baca: “Duit hantaran bayar dara ke?” – Netizen Triggered DJ Ni Kritik Perempuan Minta Hantaran Mahal Tapi ‘Malam Pertama Tak Ada Dara’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!