in

Anak Allahyarham Azean Irdawaty, Benjy Ibrahim Meninggal Dunia Akibat Asma Di Medan, Indonesia

Benjy 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Benjy Ibrahim dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia, hari ini.


Benjy E1625985588979

Lapor Astro Awani, berita pemergian Benjy atau nama penuhnya Khaeryll Benjamin Ibrahim dimaklumkan oleh bapanya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi menerusi satu kiriman WhatsApp tengah hari tadi.

“Ben (panggilan untuk Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” katanya.

Benjy yang juga merupakan anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty difahamkan meninggal dunia akibat peyakit Asma. Tambah bapanya lagi, urusan pengebumian anak sulungnya itu akan dilakukan di Medan, Indonesia.

Menurut bapanya, dia menerima panggilan telefon daripada rakan Benjy yang memaklumkan pemergian anaknya itu pada jam 11 pagi tadi.

Benjydipenjaraindonesia E1625986007568

Untuk pengetahuan, Benjy dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun di negara jiran, Indonesia atas kesalahaan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

Kami di Lobak Merah mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga mereka tabah menempuh dugaan ini dan berharap agar segala urusan mereka dipermudahkan. Amin.

Sumber: Astro Awani

Baca: “Benjy hubungi rakan artis minta tolong” – Dipenjara Di Indonesia, Nasib Benjy Jadi Persoalan Lepas Kali Terakhir Bertemu April 2019

Dadah Benjy E1625985305414

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.