“Hampir bertumbuk belakang pentas” – Nirvana Vs Guns N’ Roses, Kisah Krisis 2 Band Rock Lagenda Ini Sebelum Kurt Mati

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bagi peminat-peminat muzik rock, pasti dua nama band lagenda Nirvana dan Guns N’ Roses kan? Band yang terkenal pada tahun 90 an ini pernah mengalami krisis besar sewaktu nama mereka sedang naik.

Macam mana perang dingin antara mereka boleh tercetus dan berakhir? Baca perkongsian @CeritaCeritaPop ini.

 

Vokalis GNR pada mulanya peminat tegar Nirvana

Sekitar 1991, Guns N’ Roses (GNR) mengeluarkan muzik video hits lagu power ballad mereka iaitu Don’t Cry. Kelihatan dalam video tersebut vokalis AXL Rose memakai topi Nirvana.

AXL tanpa berselindung merupakan peminat Nirvana yang mula meletup tahun tersebut dengan album Nevermind.

 

“Kami bukan band tipikal seperti Guns N’ Roses yang takde apa2, kosong.” – Kurt Cobain

Namun begitu, sebaliknya berlaku di kem Nirvana. Ketika mempromosikan album Nevermind, Kurt Cobain mengeluarkan kenyataan seperti ini.

Ketika Nirvana ke rantau ini pada tahun 1992, Kurt Cobain berkata lagi kepada media Singapura, “Rebellion adalah berdiri menentang orang-orang seperti Guns N’ Roses”.

Bagi Kurt, band seperti GNR ni band rock yang fake, mengikut selera market mainstream, sell-out dan sebagainya. GNR ketika ini tidak mengetahui tentang kenyataan-kenyataan ini. AXL mahukan Nirvana menjadi opening band untuk tour GNR bersama Metallica ketika itu.

AXL berkali-kali cuba menghubungi Kurt untuk mengajak Nirvana turut serta dalam mega tour konsert itu. Lambat laun, berita tentang kenyataan Kurt itu sampai ke telinga anggota GNR.

“Kurt dan Nirvana penagih dadah, dengan bininya pun penagih dadah…” – AXL Rose

Berita tentang komen-komen negatif Kurt tentang GNR akhirnya sampai ke pengetahuan kem GNR. AXL yang lantang dengan imej rockstar-nya mengeluarkan kenyataan mengutuk muzik alternatif.

Tambah AXL lagi, dia dan isteri penagih dadah, anak yang lahir pun tak cukup sifat kemudian penagih-penagih lambat laun akan ke penjara. Itu adalah kenyataan kenyataan AXL bila dapat tahu Kurt mengutuknya selama ini.

 

Kedua-dua kumpulan iaitu Nirvana dan Guns N’ Roses ini akhirnya bertembung dalam satu majlis dan pergaduhan ini semakin memuncak di MTV Awards 1992.

Ketika di MTV Awards 1992, kedua-dua kumpulan ini bertembung. Di belakang pentas, AXL dan gf berjalan dan lalu depan Kurt & Courtney yang sedang dukung baby Frances.

Courney Love yang terkenal dengan mulut celupar memulakan provokasi sebaik saja melihat AXL, “Hey AXL, taknak ke jadi godfather kepada anak kita orang?” dengan nada jelik.

Mereka bertekak di belakang pentas, AXL Rose berang dan sound dekat Kurt minta isterinya suruh diam, kalau tidak dia diugut kena belasah. Kurt pula mengajuk dan berseloroh dengan Courtney. Kekecohan makin terjadi apabila…

 

Kedua-dua pemain bass dari band Nirvana & GNR iaitu Krist Novoselic dan Duff McKagan hampir bertumbuk

 

Tak berhenti di atas pentas, Nirvana cari pasal dengan AXL lepas buat persembahan atas pentas.

 

AXL sebagai seksis, rasis, homophobic dan tak pandai tulis lagu yang bagus. – Kurt

Untuk pengetahuan, Kurt terkenal sebagai seorang yang lantang dan support gays right. Dia menentang sebarang bentuk penindasan.

 

Perseteruan antara Nirvana dan GNR mulai suram apabila Kurt Cobain ditemui mati bunuh diri

Pada 8 April 1994, Kurt Cobain ditemui mati membunuh diri. Ketika ditemui, Kurt memakai Converse One Star. Selepas kejadian itu, pemain bass sudah berdamai dan mereka banyak berkolaborasi bersama.

Duff ada minta maaf kepada Kris atas insiden dibelakang pentas pada tahun 1992 kerana pada waktu itu dia dibawah pengaruh dadah dan alkohol.

Tahun 2016 telah patah kaki ketika warm up untuk persembahan GNR reunion. Dia telah meminjam Dave Grohl Throne yang terkenal itu untuk persembahannya. Nampaknya semua yang terlibat antara Nirvana vs GNR telah move on.

 

 

Baca : “Macam wrestling” –  Netizen Geli Hati Tengok Lelaki Ni Cuba Leraikan Pergaduhan Sebab…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?