in

“Hambek kau!” – [VIDEO] Gempak! Orang Ramai Kejar Lelaki Cuba Bawa Lari Kereta Wanita Dekat Traffic Light

Collage

Tak ramai yang berani nak buat tindakan bila kejadian macam ni berlaku depan mata.

Tapi video yang tular di Facebook ni memang betul-betul gempak bila orang ramai saling membantu untuk tolong seorang wanita bila keretanya dicuri.

Macam yang korang boleh tengok dekat dalam video ni, seorang wanita dapat dilihat berdiri di luar keretanya selepas dia diberhentikan oleh seorang lelaki dan diarahkan keluar. Dapat dilihat, wanita tersebut seperti terkejut dan tak tahu nak buat apa dan hanya mengharapkan pemandu lain yang berada di situ untuk membantunya.

Posted by Kokong Yee on Wednesday, April 14, 2021

Pencuri tersebut kemudiannya cuba memecut kereta Honda City yang diambil dari wanita tersebut namun telah dikejar oleh empat kereta lain.

Dalam video lain, dapat dilihat empat kereta ini berjaya menghimpit dan block suspek sebelum pemandu kereta belakang keluar dan meminta agar pencuri tersebut keluar dari kereta.

Posted by Kokong Yee on Wednesday, April 14, 2021

Tak cuba untuk melarikan diri, suspek kemudiannya ditolak ke tanah oleh salah seorang pemandu sementara menunggu bantuan yang lain.

Dapat dilihat, mangsa juga turut berada di lokasi dan berkumpul mengelilingi suspek.

Dikatakan, kejadian ini berlaku pada 1.58pm pada 13 April lalu di Sri Petaling menghala ke Kuchai Lama.

Posted by Kokong Yee on Wednesday, April 14, 2021

Dalam video ini juga kedengaran suara orang mengatakan yang mereka sedang menunggu ketibaan pihak polis untuk membuat tindakan lanjut, bagaimanapun tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa setakat ini.

Nasib baik ada orang nak datang tolong, korang lepas ni ingat tau kunci pintu sepanjang masa.

 

Baca: Lelaki Pecah Kereta, Tapi Upah ‘Driver’ Lain Untuk Curi Kereta Sebab Baru Dapat Lesen Memandu

Screenshot 2021 04 15 At 1.09.50 Pm