Baru saja semalam viral isu Da’i Farhan bakal dikenakan tindakan mahkamah selepas wanita bernama Ches Al-Maliki membuat aduan dakwaan pendakwah tersebut melanggar Undang-undang Keluarga Islam kerana berpoligami diluar kebenaran mahkamah, hari ini muncul pula isu baru.
Isteri kedua Da’i Farhan, Dr Aireen telah viral di Twitter selepas dia memuat naik posting Instagram yang mengatakan suaminya kini sudah menerima Diploma Perubatan Islam. Laa pulak??
“Demi sebuah mukjizat yang agong. Demi perjuangan dalam perubatan yang terunggul”
Menerusi posting tersebut, Dr Aireen dilihat sangat berbangga dengan diploma yang dimiliki suaminya dan menangkis kata-kata orang ramai yang perubatan seperti ni tidak setanding dengan perubatan moden.
“Pakai title doktor tanpa tauliah, ni dah ‘perubatan Islam’ pulak”
Posting yang dimuat naik Dr Aireen ini telah mendapat kecaman daripada netizen yang rata-rata mula merasakan tindakan pasangan suami isteri ini makin pelik dan seakan-akan cuba ‘menunggang agama’ serta mempertikai diploma yang didapatinya.
Malah rasanya semua pun sedia maklum bahawa Dr Aireen sendiri terpalit dengan pelbagai isu seperti menggunakan title doktor tanpa tauliah dan kereta Kenari yang katanya dilarikan dia tanpa membayarnya. Haish!
Apa-apapun admin harap netizen jangan mengecam dulu dan kita tunggu apa kata Da’i Farhan pula tentang isu ini. Haih setiap hari ada saja kan kisah mengenai mereka ni?