in

“Boleh dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan” – Rakan Baik Bekas Isteri Da’i Farhan Buat Aduan Kepada Jais

Farhan2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu pasal Da’i Farhan masih belum berpenghujung, terbaru rakan baik isterinya Nafsarah Maliki atau lebih dikenali dengan Ches Al-Maliki ada memfailkan aduan atas dakwaan melanggar Undang-undang Keluarga Islam.



Lapor mStar Online, Farhan telah melakukan poligami diluar kebenaran mahkamah dan melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bahkan menceraikan bekas isterinya Fatin Nurrul Ain Mat Aris dengan talak satu tanpa kebenaran mahkamah. Kata Datuk Hazizah Kassim, peguam syarie.

 

Boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali”

Saman 1
Sumber : mstar

Laporan itu dibuat di bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, hari ini.

Kata Hazizah lagi, perbuatan Farhan itu telah mencemarkan agama islam, lebih-lebih lagi mempunyai latar belakang sebagai ikon pendakwah.

“Jika kita teliti, Nik Farhan juga telah melakukan penghinaan dan menyebabkan agama Islam dipandang hina melalui perkataan, perbuatan dan tulisan.”

Katanya lagi, segala kenyataan Nik Farhan di media sosial seolah-olah mempersendakan dan mencemarkan kesucian islam.

“Selain itu, ianya diharap dapat memberi pengajaran kepada pendakwah lain di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan”

Hurm, kalau tak silap ada peguam lain pernah bahaskan pasal isu ni.

 

Baca : “Hanya mahkamah je boleh hukum isteri tu nusyuz” – Penjelasan Peguam Untuk Suami Lafaz Cerai Yang ‘Sangap Nak Janda’

Syariah

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.