in

“Haihhh annoying betoi!” – Netizen Mohon Jangan Buat Nur 3, Plot Cerita Makin Pelik Tapi Ini Kata Pengarah…

Nur Ijat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tengah layan drama bersiri Nur 2 baru-baru ni mesti sudah terasa bahang panas, sakit hati dan darah tinggi kan? Semuanya gara-gara tak sabar melihat perangai setiap watak dalam drama ni yang menjengkelkan.


Disebabkan itu, bertalu-talu mesej masuk ke dalam DM pengarah drama tersebut iaitu Shahrulezad Mohameddin yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap drama ini yang dilihat semakin ‘annoying’. 

 

“Tolong jangan buat dah drama Nur season 3. Takut pulak ayah haji kahwin dengan gadis lorong..” 

Menerusi posting dari Instagram Shahrulezad sendiri, dia berkongsi luahan hati netizen yang tidak mahu dia menyambung drama ini ke season 3. Fuh dah kenapa pulak ni? Bukan korang ke dulu yang beriya nak Nur 2?

Nur 1
sumber: instagram

Pun begitu, Shahrulezad nampaknya tidak berdiam diri. Dia kemudian membalas komen tersebut dengan penjelasan panjang lebar.

 

“Abam upset bila mostly penonton Nur masih lagi gagal untuk memahami kenapa abam design watak mereka sedemikian” 

Menurut Shahrulezad, disebabkan pelbagai komen yang diterimanya, dia berasa sedih kerana tidak sangka ramai yang masih belum dapat menghadami maksud disebalik karekter yang diciptanya. 

Tambah pengarah muda ini lagi, segala perkara yang berlaku di dalam drama ini akan terungkai apabila ia sampai ke penghujungnya. Jadi netizen haruslah sabar menanti ending drama Nur 2 ini.

Kalau ikutkan hati abam ni abam nak ulas satu persatu komen penonton/netizen yg memberi reaksi terhadap kebodohan/naive…

Posted by Shahrulezad Mohameddin on Wednesday, April 17, 2019

 

“Sorry bang. The truth is mesej tu tak sampai langsung sebab nampak bengap sangat watak-watak Adam, Ecah, Ayah Aji, Nur…” 

Macam manapun, setelah memberi penjelasan kepada umum, ramai masih berpendapat drama tersebut tidak dapat menyampaikan mesej yang baik malah ada yang ada fikir kalau watak Syed Hamadi tak ada, mungkin kisah ni tenggelam. Aduh!

Nur Oh Nur
sumber: instagram

Apapun, admin tetap rasa perkara yang diluahkan netizen ini personal opinion dan tak semestinya drama Nur ni tak best langsung untuk ditonton. Bagi min, mesej yang tersurat dan tersirat tu ada cuma penonton masih tak nampak sebab terlampau marah dengan Madi kan? Ahaaa..

Selamat menonton drama Nur malam ni ye gais! 

Baca: “Ustaz Adam is back!” – Netizen Teruja Drama ‘Nur’ Kembali Ke Kaca TV, Bakal Ditayangkan Malam Ini!

Nur Nur Sayang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.