Pertuduhan pelakon Hafidz Roshdi kerana mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dilihat masih belum berakhir apabila Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu, Selangor menetapkan 14 Oktober depan untuk sebutan semula kes berkenaan.
Peguam yang mewakili pelakon itu, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata ianya dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan ketika sebutan semula di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib pagi tadi.
Artikel berkaitan : “Tiada elemen paksaan” – Hafidz Roshdi Puas Hati Shuhada Tarik Balik Kes Pukul
Artikel berkaitan : “Tadi kat balai dah settle kan?” – Shuhada Pelik Hafidz Roshdi Masih Melenting Walaupun Dah Berdamai?
Terkejut dengan perkara tersebut, Akberdin berkata kes ini sepatutnya sudah selesai memandangkan Shuhada sudah menarik balik laporan pada 6 Julai lalu.
“Mahkamah arah teruskan kes, jadi saya beritahu Hakim yang kami terima laporan penarikan daripada peguam Nurul Shuhada. Kami terperanjat kes diteruskan, tapi memang kami rancang tak buat surat selepas penarikan laporan.”
“Saya akan lampirkan laporan memberitahu apa yang berlaku dan persetujuan sudah dicapai oleh kedua belah pihak secara baik, kes sepatutnya sudah selesai secara global.”
“Saya beritahu Hakim mungkin saya kena tulis surat secara rasmi pada pihak pendakwaan beritahu apa yang sudah berlaku dan kami akan tunggu jawapan. Hakim bersetuju dan menetapkan tarikh sebutan pada 14 Oktober depan sementara menunggu representasi yang saya akan buat.”
Dalam pada itu, Hafidz pula enggan mengulas lanjut berhubung dengan isu ini. Untuk rekod, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi Shuhada sebanyak 3 kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya.
Sumber : mStar Online