Selepas beberapa tahun menyepi selepas mendirikan rumah tangga, tahun 2020 menjadi permulaan bagi Fattah Amin untuk kembali aktif dalam industri.
Jika sebelum ini Fattah Amin pernah merakamkan lagu Cinderalla bersama isterinya Nur Fazura. Terkini, dia hadir dengan buah tangan baharu buat peminatnya dengan kemunculan single Islamik berjudul Kiriman Agung.
Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik bersama Fedtri Yahya itu merupakan idea asal dari Fattah Amin yang menyifatkan karya ini dihasilkan untuk memuji dan menzahirkan kesyukuran nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Kombinasi antara muzik, lirik dan lontaran vokal daripada Fattah menjadikan naskhah ini lebih bermakna dan bermanfaat buat semua.
Istimewanya lagi lagu ini juga dibuat khas untuk anak sulung yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Lagu ini adalah hadiah buat anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi, Insya-Allah. Lagu ini lebih kepada doa dan harapan seorang ayah untuk zuriat yang bakal dilahirkan”
Pengalaman baharu rakamkan lagu genre nasyid
Fattah berkata kepada Harian Metro, merakamkan lagu genre itu memberikan pengalaman baharu buat dirinya sebagai penyanyi.
“Sebenarnya saya sudah lama nak nyanyi lagu ketuhanan atau Islamik. Ini pertama kali dapat peluang daripada Universal Music Malaysia dan dapat pula bekerjasama dengan Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya”
Dalam masa yang sama, Fattah juga meletakkan harapan agar lagu ini dapat diterima oleh orang ramai lebih-lebih lagi bagi mereka yang bakal bergelar bapa.
Lirik video rasmi telah pun dikeluarkan di semua platform digital sejak Jumaat minggu lalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada netizen.
Siapa lagi yang belum dengar boleh layan dekat mana-mana platform digital. Min dengar memang rasa tenang.
Baca: “Siapa kata saya main-main menyanyi? Saya serius” – Fattah Amin