Kalau korang perhatikan kemalangan yang ‘pelik-pelik’ ni selalu terjadi pada kereta Myvi, malah tersemat dalam minda-minda netizen ni bahawa pemandu kereta ini yang selalunya jadi ‘samseng’ di atas jalan raya.
Memang lah malang tak berbau, kereta jenis lain pun ada je terlibat dalam kemalangan, tapi disebabkan kes yang pernah terjadi di lebuhraya DUKE beberapa tahun lalu yang melibatkan kereta Myvi ini, telah membuatkan ia menjadi tumpuan utama netizen jika ada kemalangan.
Pishang owner Myvi nak bayar
Baru-baru ini, sebuah kereta Myvi terlibat dalam satu kemalangan di Seremban 2. Apa yang menyebabkan kes ini jadi viral adalah kereta yang dilanggarnya itu adalah kereta Nissan jenis GTR.
Ia menjadi lucu apabila, netizen troll kaw-kaw pasal kereta Myvi ni. Bukan lah nak judge, tapi umumnya kita sedia maklum bahawa pemandu-pemandu Myvi ni terkenal dengan sikap mereka di atas jalan, sebab tu lah mereka asyik kena troll je.
Jangan salah anggap, kebanyakan je, tak semestinya semua kan?
Aduhai, kalau dilihat memang kesian teruk kereta Myvi, yang GTR tak lah teruk sangat tapi mahal juga tu. Memang betul apa yang page SenawangTV ni katakan ni.
SEREMBAN 2 – Sebuah kereta Myvi Type R dilaporkan telah terbabas lalu menimpa Nissan GTR.
Kejadian berlaku ?Seremban 2.
p/s : Pishang owner Myvi nak bayar. ? pic.twitter.com/Dor01EUpUh
— SENAWANGTV™️?? (@SenawangTV) April 17, 2019
Benda boleh langgar buat apa elak- Netizen
Hahahaha! Tak baik lah korang ni, tak semua pemandu Myvi bermasalah kan? Ada je yang baik-baik tu.
Baca : [VIDEO] Tak Sampai Seminit! Lelaki Selamba Curi Kereta Myvi di Ampang Jaya