in

“Habis rumah sebijik” – [Video] Budak 6 Tahun Main Pemetik Api Milik Ayah, Habis Terbakar Satu Rumah

Fire Fire

Bak kata pepatah, api kecil jadi kawan tapi bila besar ia menjadi lawan. Sebab itulah kalau nampak anak-anak bermain pemetik api, ibu bapa cepat-cepatlah rampas sebab tak mahu perkara tak diingini berlaku.

Menurut Kosmo, baru-baru ini sebuah rumah hangus dalam kebakaran yang dikatakan berpunca daripada seorang budak berusia enam tahun yang bermain dengan pemetik milik bapanya. Aduhai… 

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 5 petang pada 5 Februari lepas di Jengka 8, Maran ini hampir-hampir mengorbankan seorang warga emas yang berusia 80 tahun terperangkap di dalam kebakaran tersebut.

Rumah Terbakar E1612505270358
Rumah razali hangus dalam kebakaran

Walau bagaimanapun, mujurlah orang kampung pantas menyelamatkan mangsa dan membawanya keluar ketika api sedang marak.

Pemilik rumah berkenaan, Razali Mohd Azman, 56, berkata api bermula di ruang tamu rumah dipercayai berpunca daripada anaknya yang berusia enam tahun sedang bermain pemetik api.

“Seorang lagi anak saya berusia 14 tahun yang berada di tandas menyedari kejadian ini lalu berlari keluar melalui pintu dapur.

“Anak saya yang berusia enam tahun juga sempat menyelamatkan diri,” katanya.

 

Keluarga tinggal sehelai sepinggang 

Tambahnya lagi, ketika kejadian itu berlaku dia berada di ladang kelapa sawit untuk menguruskan lembu manakala isterinya pula keluar ke bandar untuk beli barang keperluan.

Kejadian tersebut menyebabkan keluarga Razali tinggal sehelai sepinggang lepas 90 peratus daripada rumahnya musnah bersama sebuah motosikal yang baru dibelinya empat bulan lalu.

Saya reda dengan ujian ini meskipun baru menggantikan barang-barang selepas rumah ditenggelami air banjir baru-baru ini tetapi kini semuanya musnah dalam kebakaran,” katanya.

Kawan

Dalam pada itu, tular juga sebuah video dipercayai seorang penduduk kampung merakam kejadian kebakaran tersebut ketika ia berlaku.

Kanak-kanak enam tahun yang dikatakan secara tidak sengaja membakar rumah tersebut juga kelihatan dalam keadaan terkejut dan tidak menyangka perbuatannya telah memusnahkan rumah yang didiaminya dan keluarga. Aduhai kesian min tengok adik tu. 

Korang boleh tengok video adik tu dekat sini

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memberi semangat kepada adik tersebut dan keluarganya dan ada juga berhajat untuk menderma kepada mereka.

Kesian

Dalam pada itu, pihak Gabungan Masjid Wilayah Felda bersama pemimpin setempat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan serta pihak swasta telah tampil menghulurkan bantuan.

Semoga urusan keluarga ini dipermudahkan. Amin… 

Baca: “Tak mampu nak beli” – Remaja 17 Tahun Bakar Rumah Lepas Hasrat Nak Motosikal Tak Ditunaikan Bapa

Bakaran

Sumber: Kosmo
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook