in

Guru-guru SMK Senaling Gantung ‘Banner’ Dakwa Dibuli Pentadbiran, Pengetua Nak Saman ‘Pemfitnah’

Banner Smk Senaling

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menggalas tugas sebagai pendidik bukanlah sesuatu yang mudah, bukan sahaja mereka perlu berhadapan dengan kerenah pelajar-pelajar malah mereka juga mempunyai struktur pentadbiran yang melibatkan banyak pihak, contohnya pihak kementerian dan ibu bapa.


Baru-baru ini, tular sebuah gambar di laman media sosial Twitter yang menunjukkan sebuah kain rentang atau banner yang tertulis dakwaan guru-guru di Sekolah Menengah (SMK) Senaling, Kuala Pilah yang menyatakan mereka ditindas oleh pengetua serta guru kanan pentadbiran sekolah tersebut.

Banner

Melalui laporan Kosmo!, pengetua SMK Senaling, Normah Mohd.Nor menyatakan dakwaan tersebut merupakan sebuah fitnah semata-mata.

Beliau berkata, sebagai seorang pengetua ia telah menjadi tanggungjawab untuk menggalas amanah yang diberikan dan beliau juga membuat penstrukturan semula pentadbiran sekolah tersebut selepas ketiadaan pengetua selama lapan bulan.

“Seperti kelaziman, saya membuat penstrukturan semula yang mana saya percaya telah mengundang serangan ke atas diri dan juga Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Saya terbuka untuk berbincang sebelum ini, tetapi tidak akan berkompromi dengan individu yang culas dan sambil lewa dalam bekerja termasuk tidak menunjukkan prestasi baik dalam perkhidmatan,” katanya.

Difahamkan, pengetua tersebut akan melantik peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan fitnah tersebut, ia kerana perkara itu melibatkan maruah beliau serta imej sekolah.

Hmm, susah jugak kalau pentadbiran tak sekepala ni…

Baca: Polis Masih Mencari Guru Rogol 2 Pelajar Sekolah Di Sabah Lepas Terkantoi Bulan Lepas

Collage 47

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.