Lelaki Bunuh Diri Depan Kaabah, Ini Renungan Untuk Kita…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Baru-baru ni umat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan kejadian yang tak disangka-sangka di tanah suci Mekah.

Menurut Astro Awani, seorang jemaah maut di Masjidilharam, Arab Saudi selepas terjun dari tingkat atas ke ruang jemaah di hadapan Kaabah ketika solat terawih sedang berlangsung.

Sumber: Facebook

Menurut Free Malaysia Today, mangsa merupakan seorang lelaki berbangsa Perancis, namun kes ini masih dalam siasatan. Walau bagaimanapun, di Twitter mengatakan lelaki tersebut membunuh diri kerana masalah depresi.



Menerusi Twitter, seorang lelaki, Shamsul Amin memberitahu kejadian seperti ini menggambarkan betapa parahnya masalah depresi dan ianya merupakan petunjuk bahawa bukan satu cara je yang mesti digunakan bagi mengelak mahupun untuk merawat masalah depresi.

Sumber: Twitter

Orang yang mengalami depresi atau kemurungan memerlukan seseorang untuk mendengar masalah mereka. Kadang-kadang dengan menjadi good listener boleh dapat membantu golongan ini.

Selain itu, seorang lagi pengguna Twitter bernama Husna turut mempunyai pendapat yang sama kerana katanya walaupun berada di depan Kaabah, mangsa tetap memilih jalan yang dilarang Tuhan kerana mengalami masalah psikologi.

Hal ni menunjukkan betapa komunikasi dan konsultasi dengan pakar juga penting dalam membantu mereka yang mengalami masalah ini.

Sumber: Twitter

Walaupun begitu, pastinya ada yang mempunyai perspektif sendiri dan mengatakan sekiranya ada pegangan agama yang kuat, tak mungkin perkara sebegini terjadi. Kita sebagai umat Islam sepatutnya berkongsi segalanya termasuk masalah dengan Tuhan.



Sumber: Twitter

Bukan itu sahaja, ada juga yang mempertikaikan sekiranya arwah akan masuk ke syurga dengan membunuh diri yang kemudiannya dibidas oleh seseorang yang merasakan hal seperti itu tak perlu campur tangan kerana ianya kerja Tuhan.

Sumber: Twitter

Apa-apapun kita kena ingat yang depression is real! Bukannya sesuatu yang boleh dibawa main. Sedangkan orang yang mengalami depresi pun tak faham dan tak tahu nak menggambarkan apa yang dialami mereka, apatah lagi orang yang tak mengalaminya sendiri.

Itu antara arwah dengan Tuhan. Kita yang masih hidup, cuba jadi good listener untuk orang yang memerlukan.

Baca: Jadi Murung Ditinggal Boyfriend

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.