in

“Gurau dengan perempuan. Korang kata p*ssy hunter” – PU Rahmat Sound ‘Setepek’ Orang Yang Suka ‘Condemn’ Ustaz

Purahmat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dengan isu kecaman terhadap Ustaz Ad Dien yang tweet pasal games dan muzik, dia telah memadam akaun Twitternya.


Disebabkan itu, PU Rahmat terpanggil untuk emnzahirkan pendapatnya tentang isu ini. Biarpun tidak mengenalinya, dia tampil membela Ustaz Ad Dien, meluahkan dengan cara memberikan kata-kata yang ‘makan dalam’ kepada netizen yang mudah jatuh jukum.

 

Kau tahu kenapa ada ustaz yang fed up jadi ustaz? Sebab…

Addien
Sumber : twitter

“Aku tak kenal sgt ust Ad din (betul ka ejaan) yang kalian minta dia on balik Twitter. Kau tahu kenapa ada ustaz yang fed up jadi ustaz ? Sebab kalian nakkan ustaz yang malaikat dan hilang nilai manusia. Apabila ust ad din tu main Dota korang kecam sbb dia tak pegang kitab.”

Tambahnya lagi, dia menyifatkan bahawa ustaz ini seringkali menjadi perhatian netizen. Memang betul apa yang dikatakan, pantang nampak ada yang tak kena, mesti nak condemn disebabkan dia bergelar “ustaz”

 

Bila gurau dengan kawan perempuan..Korang kata ustaz….

“Bila kami buat lawak di Socmed , kalian kata kami Hilang thiqah . Ustaz kena warak . Bila aku tanya warak tu apa ? Tak jawap pulak . Bila ustaz pakai Gucci kalian kata ustaz tak pikir Gaza dan jual agama sebab tu kaya . Dannn bila ust gurau dgn kawan perempuan. Korang kata”

“Ustaz pussy hunter . Macam aku ni tak pa la . Jenis hati sado . Kesian ustaz2 baru nak up . Kena kecam dan sampai depresi . Jangan bunuh diri dah la ustaz2 oiii . Kang netizen bukan simpati bahkan kecam . Ada agama pun bunuh diri.”

Bahkan bila ustaz hadapi kemurungan, bermacam-macam tohmahan dilempar demi nak memperlekehkan kredibilitinya sebagai seorang ustaz.

“Lupa pula. Bila ustaz meluah di socmed kata ustaz Meroyan dannnnnnn Ustaz ni tak sabar la . Nabi di uji lebih teruk”

Haihh, macam lah yang condemn tu sempurna sangat. Ustaz pun manusia biasa juga. Tak gitu?

 

Baca : “Persetankan mereka…” – Ustaz Padam Akaun Twitter Sebab Ramai ‘Malaun’ Tuduh Tak Layak Cakap Soal Agama

Ustaz Addien 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.