Bagi korang yang dah biasa dekat Twitter, for sure korang kenal dengan individu bernama Ad Dien. Ramai yang menggelar dia ustaz dek kerana dakwah yang sering dia sampaikan selain rajin jawab soalan netizen yang keliru dengan hal berkaitan hukum.
Tapi, katanya Ad Dien dah deactivate akaun Twitter dia sebab kena cyberbully dengan netizen. Dah kenapa pula ni? Seorang tweetfamous baru-baru ni ada dedahkan yang Ad Dien kena hentam dengan ramai netizen sebab dia ada tweet tentang games dan muzik.
Ustaz @AdDien90 deactivate Twitter sebab desakan malaun yang tuduh beliau tak layak berbicara hal agama, hanya kerana dia juga tweet pasal games dan muzik.
Padahal penjelasan Addien mengenai Hadith lebih berfakta dan lengkap rujukan dari retorik sempit para ustaz selebriti pic.twitter.com/wquOsCDmmH
— Asrul Muzaffar🇲🇾 (@asrulmm) December 25, 2018
Kata netizen disebabkan tweet macam tu, dia tak layak berbicara soal agama langsung! Tweetfamous tu juga ada tunjukkan screenshot antara kata-kata dari netizen terhadap Ad Dien sebelum dia buat keputusan untuk deactivate account.
Bukan main netizen dengan Ad Dien. Tapi sebenarnya ada yang cakap that Ad Dien tak pernah pun claim yang diri dia tu ustaz. Cuma memang followers selesa panggil dia dengan gelaran ‘ustaz’ sebab usaha dia untuk jawab persoalan tentang agama melalui pendekatan media sosial.
Walaupun ramai yang hentam Ad Dien sebab isu tu, ada juga yang tetap sokong dan menyebelahi dia. Menurut dorang, Ad Dien bukan bercakap atau menjawab soalan mengikut pengetahuan dia semata-mata, tapi dia juga akan ambil masa untuk buat research sebelum jawab semua persoalan.
Ada juga yang berpendapat mungkin Ad Dien dalam depression dan ambil langkah undur diri dari media sosial untuk tenangkan diri dia. Elok juga tu, kadang-kadang media sosial ni toxic sangat…
Adik kepada Ad Dien ada tweet memberitahu keadaan terkini dan mengesahkan yang dia ada bersama keluarga di kampung. Paling penting, keluarga minta dia diberi ruang untuk berehat.
Baca: ‘Ustaz’ Femes Kena Hentam Sebab Panggil Perempuan ‘Kehodohan Alam’