in

⁠”Lain mcm penjelasan” – Dakwa Telefon Tuhan Untuk Kepastian, Ini Alasan Ketua Jemaah Masjid Aolia Sambut Raya Awal

Masjid Aolia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari ni umat Islam dikejutkan dengan kewujudan segelintir pihak yang menyambut Aidilfitri awal. Kejadian ini walau bagaimanapun tidak berlaku di Malaysia tetapi di negara jiran, Indonesia.


Semuanya bermula selepas penduduk berdekatan Masjid Aolia di Panggang, Giriharjo, Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta bermula puasa awal 5 hari dari kalander Hijrah dan telah menunaikan solat sunat Aidilfitri pada 5 Mac 2024.

Tampil memberi penjelasan mengenai pilihan penduduk disitu menyambut Aidilfitri lebih awal, Kiai Haji Raden Ibnu Hajar Sholeh Pranowo atau dikenali dengan nama Mbah Benu berkata, beliau telah ‘menelefon’ Allah untuk mendapatkan tarikh bagi menyambut Aidilfitri.

Video penjelasan beliau boleh dilihat di bawah.

Artikel berkaitan: “Rupanya ramai lagi susah” – Netizen Sebak Baca Sebab Kenapa Ramai Tak Pulang Beraya Tahun Ni

Artikel berkaitan: Pernah Tular Puasa Awal 5 Hari, Sebahagian Kecil Umat Islam Di Yogyakarta Dah Sambut Aidilfitri

Reaksi orang ramai

Rata-rata netizen terkejut dengan penjelasan ini dan tidak kurang juga mengelarkan Mbah Benu dengan gelaran sesat. Mana tidaknya, mula puasa awal, sambut raya awal lepas tu boleh pulak telefon Allah untuk tanya tarikh. Pening weh.

Screenshot 2024 04 06 At 1.26.57 PmParah ni sebenarnya satu kampung pun ikut apa yang dia cakap. Harap ada lah autoriti agama di Indonesia boleh ambil tindakan yang sewajarnya, sebab bahaya dan mengelirukan orang ramai.

Screenshot 2024 04 06 At 1.28.26 PmTapi dia start puasa awal. Cuma tak pasti dia ikut kalander mana je. Itu yang dah cukup hari puasa ikut kalander dia, dia nak raya pulak. 

Screenshot 2024 04 06 At 1.29.17 PmLain macam kan penjelasan dia. Boleh pulak dia main nama Tuhan macam tu je. Nabi pun nak bercakap dengan Allah sampai kena Isra Mikraj. Memang level lain dah ni. 

Screenshot 2024 04 06 At 1.29.43 PmItulah, nabi-nabi yang dapat mukjizat dari Allah pun bersusah payah sebelum ni. Ini dapat dekat dia senang-senang je telefon tanya tarikh raya. Parah weh ni, parah. 

Sumber: MyNewsHub, Tribune News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.