in

“Guna depression BF sebagai kesempatan” – Graduan Terjun Bangunan Lepas GF Celupar Bagi Dorongan Untuk Bunuh Diri

Depress2

Itu sebablah orang selalu pesan nak bercakap tu biar berpada-pada sikit, silap-silap kita ni sebenarnya dah bunuh orang dah.

Macam kisah yang terjadi di USA ni, gara-gara mulutnya celupar terhadap teman lelaki, ia telah menyebabkan satu kematian berlaku, tak pasal-pasal dia telah di dakwa.

Menurut laporan World Of Buzz, ada seorang siswa dari sebuah kolej di Boston yang berumur 21 tahun ni hidupnya di control  dan didominasi oleh teman wanitanya.

 

Gunakan depression sebab nak gertak semata-mata nak BF ikut kehendak dia

20288744 7622273 Image M 63 1572282408237

Dikatakan, pasangan itu sering bertelagah dan ketika siasatan, dalam handphone teman lelaki tersebut ada beratus-ratus mesej yang mereka bergaduh dan dalam isi kandungan perbalahan tu banyak kata-kata celupar daripada GF tu suruh teman lelaki bunuh diri.

Apa yang menyedihkannya lagi, lelaki yang dikenali sebagai Alexander Urtula ini rupa-rupanya ambil serius pasal gesaan tu.

Alexander pergi terjun bangunan pada hari graduasinya saat keluarganya tengah tunggu ketibaannya untuk diraikan.

Menurut sumber, Alexander sebenarnya selalu jadi mangsa keganasan fizikal dan mental sepanjang 18 bulan dia menjalinkan hubungan dengan teman wanita yang dikenali sebagai Inyoung ni.

20285880 7622273 Image M 44 1572279379719

Disebabkan itu Inyoung menjadi suspek utama kerana jadi penyebab utama Alexander bunuh diri sebab keganasan yang diberikan itu terlalu kerap, terlalu kuat dan terlalu hampir dengan kecederungan Alex untuk bunuh diri.

Siasatan mendapati Inyoung memanipulasi dan menggertak Alaxendar untuk menyakiti dirinya sebagai taktik untuk dia nak dominasi teman lelakinya itu.

Malah, Inyoung sedar bahawa dia boleh berada di sisi Alexander untuk mengawal kemurungannya, tetapi dia tak ambil serius pasal isu ni.

Dia tetap menggalakkan Alexander untuk bunuh dirinya, dia gunakan kelemahan Alexander sebagai kesempatan untuk melemahkannya.

20285878 7622273 Image A 28 1572278635582

Setakat ini, Inyoung berada di Korea Selatan dan pihak berkuasa berharap bahawa dia akan kembali ke AS untuk menghadapi tuduhan itu. Kami berharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin!

Jai, pengajaran yang kita dapat, kena lah ada toleransi, jangan disebabkan nak ikuti kehendak kita sampai tak sensitif dan ikut amarah sehingga mengguris hati orang, lebih-lebih lagi kalau orang tu menghidapi depression.

 

Baca : “Sampai satu masa, dia nak bunuh diri” – Wanita Dedah Kisah Adik Depression Sampai Kena Tahan Di Wad Mental

Depress