in

“Gobloknya gak ketulungan” – Isteri Bantu Suami Rogol Dua Anak Kandung Selama 7 Tahun Sebab Tak Nak Suami Masuk Penjara

J

Tak boleh admin nak bayangkan perasaan dua adik beradik ini yang hilang tempat untuk mengadu kerana ibu sendiri menyokong perbuatan terkutuk bapanya.

Menurut Tribun News, dua adik beradik dengan nama panggilan Mawar (19) dan Melati (16) telah diperkosa bapa kandungnya sendiri di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia.

Bapa mereka Paijo yang berusia 67 tahun merupakan seorang buruh. Dlaporkan, dia telah memperkosa dan mencabul dua anak kandungnya ini sejak tahun 2012. Astaghfirullah…

E
Gambar hiasan

Lebih memeranjatkan, ibu kepada dua remaja ini tahu akan perbuatan suaminya. Kerana nak tutup perbuatan terkutuk suaminya, ibu ini telah memberikan pil perancang kehamilan kepada Mawar dan Melati.

Ibu ini sanggup tutup sebelah mata dengan perbuatan keji ini kerana takut tak ada orang akan menanggung dia dan anak-anaknya jika suaminya ini masuk penjara.

Menerusi temubual bersama media tempatan, Ketua Perlindungan Anak Daerah Kota Samarinda Adji Suwignyo mengesahkan berita ini.

Kata Adji, perkosaan ini berlanjutan selama tujuh tahun dan terbongkar kerana dua remaja ini tak tahan dan menceritakan perkara ini kepada jiran mereka.

Mereka sudah gak tahan lagi mba jadi mereka mulai cerita ketetangga yang dipercaya langsung dibawa ke kantor polisi.”

Foto656
Sumber: inews. Id

Kedua ibu bapa ini telah pun ditahan oleh pihak polis. Bapa ini mengaku yang dia telah memperkosa anak-anaknya. Kedua-dua anaknya perlu melayan nafsu bapa mereka sebanyak tiga kali sehari dan mereka akan disetubuh secara bergilir-gilir.

Allahu…Tujuh tahun diperkosa bapa sambil diperhatikan ibu sendiri. Harapnya suami isteri ni dapat hukuman setimpal dengan seksa yang dialami oleh dua anak kandung dorang ni. 

 

Baca: ‘Aunty’ Suruh Tujuh Lelaki Rogol Sekumpulan Wanita Pakai Skirt Pendek Sebab…

Screenshot 2019 05 08 At 3.21.03 Pm