in

‘Aunty’ Suruh Tujuh Lelaki Rogol Sekumpulan Wanita Pakai Skirt Pendek Sebab…

Olderwoman 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan, mangsa keganasan seksual tahu macam mana stressnya bila dipersalahkan. Kalau buat aduan, mesti dorang dapat soalan apa yang dorang pakai, apa yang dorang buat sampai benda macam ni boleh jadi, atau kenapa tak lawan balik.


Sedih betul bila tengok dekat mana-mana negara pun, victim blaming seolah-olah dah jadi macam budaya. Peliknya, memang lagi senang ke nak salahkan mangsa dari pemangsa?

Sama macam kes di India baru-baru ni. Menurut NextShark, seorang wanita pertengahan umur telah diconfront oleh sekumpulan gadis selepas dia didakwa menyuruh beberapa orang lelaki untuk rogol dorang kerana salah sorang pakai skirt pendek. Seriouslahhh

Dalam video dekat bawah ni, korang boleh tengok aunty ni kena soal dekat dalam salah sebuah mall di bandar Gurgaon. Video ni telah tular dan menjadi perbincangan orang ramai di media sosial.

Dalam video ni korang boleh dengar Shivani Gupta, wanita yang memegang kamera telah mengikut aunty ini dan memohon penjelasan darinya.

https://www.instagram.com/p/Bw7S3GKgNFe/?utm_source=ig_embed

Sebagai wanita, awak sepatutnya sokong wanita lain tapi awak berani cakap benda jijik dan kasar dekat lelaki di sana untuk ROGOL wanita!”

Sekumpulan gadis ini juga telah meminta aunty ini untuk meminta maaf sekiranya dia tak mahu video ini dimuatnaik di media sosial.

Namun, ‘ugutan’ ini tak dihiraukan malah aunty ini berkata dia tak akan minta maaf dan dorang boleh buat apa-apa yang dorang nak buat.

Beberapa wanita lain turut bersuara untuk menyokong sekumpulan gadis tersebut dan mengatakan pilihan pakaian wanita bukan alasan mereka layak dirogol.

Olderwoman

Selepas ‘diganggu’ oleh sekumpulan gadis ini, aunty ini meluahkan pendapatnya tentang pakaian gadis ini sambil melihat kamera.

Helo semua, gadis-gadis ni nak pakai dress singkat-singkat sebab mereka nak bagi orang tengok. Semua gadis yang pakai dress pendek atau macam nak bogel memang akan kena rogol. Kalau anda ibu bapa mereka, tolong kawal mereka.”

Walaupun ada beberapa netizen yang mengkritik cara sekumpulan gadis ini ‘menyerang’ wanita tersebut, tapi kebanyakan netizen tak percaya yang masih ramai lagi orang memilih untuk menyalahkan mangsa rogol dan bukan perogol itu sendiri.

“Budak perempuan umur 6 tahun kena rogol, orang tua umur atas 65 tahun kena rogol malah kambing pun kena rogol. So, lepas semua benda ni berlaku, orang masih nak salahkan pakaian?” 

“Mentaliti macam ni berlaku sebab ulat dah makan otak dia. Dia patutnya minta maaf bukan je untuk gadis-gadis dalam video ni tapi pada semua wanita” 

“Rogol tak ada kena mengena dengan pakaian wanita!!! TAK ADA! Niat perogol adalah punca rogol bukan benda lain.” 

Selepas insiden ini tular, aunty ini dikatakan telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Shivani telah memuatnaik statement di Instagramnya mengakui dia telah menerima permohonan maaf dan menyuruh netizen untuk berhenti sebarkan kebencian.

Apa yang admin tak faham, sebagai seorang wanita yang tinggal di negara yang terkenal dengan kadar gangguan seksual tertinggi ni, macam mana dia boleh berfikiran macam ni?

Tambah lagi kebanyakan mangsa rogol dekat sana selalunya bayi dan kanak-kanak atau wanita yang bukan berpakaian seksi pun? Entahlah. Harapnya aunty ni sedarlah apa yang dia buat ni salah.

 

Baca: “Perempuan tak tutup aurat ni memang layak dicabul & dizina” -Netizen Terkejut Ustaz Kursus Kahwin Bagi Ceramah ‘Merapu

Screenshot 2019 05 03 At 11.42.00 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.