in

“Gila talak” – Bengang Isteri Tak Nak Rujuk, Suami Tikam Muka Dengan Pemutar Skru

Collage 54

Manusia ni biasalah, bila benda ada depan mata tak nak hargai, bila dah tak ada baru nak ‘menggagau’ sebab tu lah kot term “gila talak” ni wujud.

Menurut The Star, seorang lelaki telah menikam bekas isterinya dengan pemutar skru selepas permintaannya untuk rujuk semula ditolak. Insiden ini berlaku pada 24 Julai di sebuah restoran di Pantai Air Tawar, Jerteh.

Ketua Polis Besut, Superitenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata insiden ini berlaku lebih kurang pukul 4.35 pm. Ekoran dari insiden ini, wanita malang berusia 28 tahun ini dikejarkan ke Hospital Besut.

Menurut Zamri, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai telah didatangi bekas suaminya semasa dia sedang bekerja.

Marah bila mangsa tak nak rujuk semula, suspek bertindak menikam wanita ini dengan pemutar skru di muka dan tangan”

Ezgif 5 00178Ba6Ddc0
Sumber: hmetro

Zamri menambah, mangsa telah mengalami kecederaan di bawah mata kanan, kedua-kedua tangan dan di dahi sebelah kiri.

Zamri juga berkata yang wanita ini telah berkahwin dengan bekas suaminya yang juga merupakan seorang nelayan pada tahun 2014 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun. Mereka bercerai pada tahun 2017.

Kenapalah sampai nak buat macam tu?

Baca: Aliff Aziz Gila Talak? Muat Naik Tweet Nak Kahwin Semula Dengan Bella Astillah!

Screenshot 2019 07 26 At 11.57.24 Am