in

“Gi mam dgn kau punya darurat” – Polis Panggil Azwan Ali Berhubung Video Tular Perlekeh Darurat

Ft Azwanali

Susulan video viral di media sosial, pengacara sensasi Azwan Ali dipanggila Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan perkara itu dan berkata pihaknya bertindak sedemikian selepas menerima laporan mengenai klip video berdurasi 41 saat itu.

Menurut Awani, Azwan Ali dipercayai memperlekehkan proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Azwan dipanggil ke Pejabat USJT Bukit Aman bagi membantu siasatan hari ini.”

Azwan

Video tersebut mula tular di media sosial selepas dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Zai Mikail pada 12 Januari lepas. Katanya,

Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”

Azwan Ali
rakaman yang tular di media sosial

Siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang menularkan klip video yang kini difahamkan telah dimuat naik semula oleh individu lain di Youtube.

Katanya lagi, orang ramai digesa untuk jadi pengguna sosial media yang bijak dan tidak sesuka hati menggunakan platform sehingga mendatangkan kegentaran awam serta mengganggu gugat keharmonian negara.

Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap individu yang sengaja mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.”

Baca: “Hanya beri keterangan” – Siti Sarah Dan Shuib Dipanggil SPRM, Didakwa Terlibat Isu Penggubahan Wang Haram?

Aa 2

Sumber: NST