in

“GF kiriman syurga!”- Seorang Lelaki Menitiskan Air Mata, Terima PS5 Dari Teman Wanita

Ps5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gelagat seorang lelaki yang bertindak memeluk permainan video PS5 di kaunter sebuah pusat membeli belah berjaya mencuri perhatian serta menyentuh hati warganet.


Menurut video dari rakaman kemera litar tertutup (CCTV), lelaki terbabit dipercayai menerima hadiah tersebut daripada teman wanitanya.

“Lelaki juga berhak dihargai, seperti wanita yang mahukan perhatian dan kasih sayang,” itulah apa yang tertulis di ruangan kapsyen video tersebut.

Lelaki itu juga dilihat sempat meneliti dan membelek kotak PS5 berkenaan sebelum didatangi kekasihnya sebelum menitiskan air mata seakan-akan tidak percaya teman wanitanya itu sanggup membelikannya sebuah PS5.

Ps5

Artikel berkaitan: Individu Yang Viralkan Food Rider Juga Dapat Hadiah Motor & Wang Tunai Daripada Aisar Khaled

Artikel berkaitan: Abang Tesla Buat Ucapan Hari Jadi Buat Isteri Kedua, Isteri Pertama Sebagai ‘Hadiah’

Rata-rata komen di video tular tersebut dipenuhi dengan kaum Adam yang mahukan teman wanita seperti lelaki itu.

Ada juga yang tidak mahu kalah dan berani dengan ‘tag’ nama teman wanita masing-masing diruangan komen.

“Bukan wang ringgit yang diinginkan tapi perhatian dan juga kasih sayang,” kata seorang lelaki di ruangan komen.

“Apa yg lelaki nk adalah kesetiaan kejujuran dan penghormatan,” kata Ifan pula. 

Untunglah mana-mana lelaki yang dapat hadiah PS5 dari orang tersayang kan?

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.