in

Abang Tesla Buat Ucapan Hari Jadi Buat Isteri Kedua, Isteri Pertama Sebagai ‘Hadiah’

Ft Abang Tesla Wish Birthday Isteri Kedua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Abang Tesla sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia ada muat naik satu foto ucapan hari ulang tahun kelahiran isteri keduanya di Instagram.


Dia yang kini berada di Tanah Suci bersama kedua-dua isterinya itu menyatakan tiada hadiah buat isteri keduanya.

Artikel Berkaitan : “Terpaling bahagia” – Netizen ‘Jealous’ Tengok Abang Tesla Bercuti Di Turkiye Dengan 2 Isteri

Artikel Berkaitan : Didakwa ‘Sponsor’ Orang Kaya, Syarikat Pengendali Umrah Nafi Taja Abang Tesla

Dalam ruangan kapsyen perkongsian ini, biarpun tiada hadiah yang diberikan semepna hari jadi, dia menghadiahkan isteri pertamanya kerana telah menerima dirinya seadanya.

“Happy birthday @nrsyaafqhh ❤️. sy takda hadiah nak bagi. Tapi hadiah terindah adalah @n.majdina yg boleh terima awk seadanya. Semoga menjadi isteri yg taat kepada Allah dan Taat kepada suamimu. ❤️?? InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita semua. Amin!!”

Screenshot 2023 09 15 181019 Screenshot 2023 09 15 180959

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemantauan kami, dilihat ruangan komen perkongsian itu telah ditutup.

Sebagai rujukan, Abang Tesla menjadi perhatian warganet semenjak dia muat naik videonya memujuk isteri pertamanya usai mengerjakan solat subuh di mana ia merupakan beberapa jam sebelum berlangsungnya pernikahan dengan isteri kedua.

Ia mengundang pelbagai reaksi netizen berkenaan kenyataan isu poligami dikeluarkannya, malah dirinya sekali lagi menjadi perhatian berikutan dengan pendiriannya yang didakwa akan berkahwin lain jika isteri barunya itu tidak mampu memberikan zuriat.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.