in

“Geram aku tengok” – [VIDEO] Kena ‘Psycho’ Dengan Pelumba Poland, Netizen Syukur Shah Firdaus Mara

Pelumba Poland Kemalangan Shah Firdaus Acara Repechage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia yang mengikuti acara lumba basikal Sukan Olimpik 2020 semalam dalam aksi repechage yang melibatkan pelumba negara, Shah Firdaus sudah pastinya berdebar-debar bukan?


Hal ini kerana berlakunya sedikit ‘drama’ dan ‘kemalangan’ apabila pelumba Poland, Patryk Rajkowski terjatuh di atas litar perlumbaan selepas bertembung dengan Shah Firdaus.

Nah korang tengoklah video kat bawah ni.

@afnannazli

Puas hati walaupun kena pysco . Alhamdulillah layak ke pusingan seterusnya #fyp #olympics #tokyo

♬ Meraih Bintang – Via Vallen

Menerusi video tersebut, pada awalnya dalam dilihat Patryk seakan-akan mengacah dan menghimpit Shah ketika perlumbaan bermula.

Walau bagaimanapun, selepas Shah berjaya keluar dari himpitan pelumba Poland tersebut, basikal mereka bertembung hingga menyebabkan Patryk tersungkur ke litar.

Pusingan tersebut kemudian diulang semula dan mujurlah Shah berjaya mengatasi Patryk dan melangkah ke pusingan seterusnya.

 

“Dia langgar orang, dia yang jatuh” 

Video itu kemudian viral di media sosial dan mendapat pelbagai komen netizen yang mana rata-rata kurang senang melihat cara pelumba Poland bermain dengan ‘mental’ pelumba lain dalam aksi tersebut.

Pun begitu, ramai juga yang bersyukur Shah berjaya mengawal emosinya ketika perlumbaan bermula dan mengalahkan pelumba dari Poland tersebut untuk mara ke pusingan seterusnya.

Lumba Basikal Komen Shah Firdaus

Sementara itu, menerusi satu tweet di Twitter, pelumba Poland tersebut telah menjelaskan situasi yang berlaku.

Menurutnya, situasi berkenaan agak kontroversi dan dia berada di tracknya ketika sedang menuruni litar. Pun begitu, dia tidak menyangka situasi akan berubah menjadi sebaliknya dan mereka terpaksa mengulangi perlumbaan.

Patryk 1

Dalam pada itu, Shah dan Azizulhasni hari ini akan melalui pusingan seterusnya bermula jam 2.48 petang hari ini.

Azizul akan berhadapan dengan pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland dan Shah pula akan bertemu dengan Harrie Lavreysen yang juga berasal dari Belanda.

Apa-apapun semua ini di anggap adat dalam pertandingan. Kalah dan menang tu biasalah kan. Yang penting, setiap atlet harus mempunyai mental yang kuat dalam menghadapi apa-apa cabaran. 

Baca: “Saya mintak satu je” – Mengadu Tak Ada Nasi Lemak Ketika Kuarantin, Lee Zii Jia Terkejut Dapat 3 Bungkus Terus!

Lee Zii Jia Dapat 3 Bungkus Nasi Lemak

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.