in

“Saya mintak satu je” – Mengadu Tak Ada Nasi Lemak Ketika Kuarantin, Lee Zii Jia Terkejut Dapat 3 Bungkus Terus!

Lee Zii Jia Dapat 3 Bungkus Nasi Lemak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebaik saja tiba di Malaysia pada 2 Ogos lepas, atlet badminton negara, Lee Zii Jia mengakui dia merindui nasi lemak dan telah meluahkan rasa kecewanya apabila hotel yang menjadi tempat kuarantin selepas pulang dari Tokyo tidak pula menyediakan nasi lemak.


Lee Zii Jia kemudian menerusi instastory memberitahu yang dia telah memilih untuk memesan nasi kandar sebagai ganti kepada nasi lemak yang tak ada di menu pesanan.

Kandar

 

Mintak satu dapat tiga bungkus terus! 

Namun tidak pula Lee Zii Jia sangka, rungutannya di instastory tiba-tiba mendapat perhatian ramai selepas dia menerima bukan satu tapi tiga bungkus nasi lemak terus! Amboi! 

Menurut atlet ini, dia sendiri pun tidak tahu siapa yang memesan ketiga-tiga nasi lemak tersebut tetapi dia akan cuba menghabiskannya jika terdaya.

Alamak… saya tak taulah siapa yang order ni. Adui, saya minta satu je nasi lemak, dia datang satu… dua… tiga! 

“Lepas tu macam mana nak habiskan? Adoi… Anyway thank you very much. Saya akan try my best untuk habiskan semua ya,” katanya.

@anxxry

nnti lzj gemuk?#shuttlehearts #olympictokyo2020 #olimpiktokyo2020 #leeziijia #ganbattemalaysia #badminton #badmintonskills #olimpik #sokongmalaysia

♬ original sound – 아이닌?? – 艾宁 | 아이닌??

 

“Tiba-tiba aku pulak craving nasi lemak” 

Video yang dikongsikan ke TikTok itu mendapat 14.1k likes dan rata-rata netizen mengakui cair dengan cara Lee Zii Jia bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Peminat atlet tersebut juga memuji sikap Lee Zii Jia yang tidak mengecewakan hati pihak yang memberikannya nasi lemak tersebut kerana dia berjanji akan cuba menghabiskannya jika boleh.

Lee Zii Jia Komen Nasi Lemak

Okay lepas ni ramailah ye yang belajar nak buat nasi lemak tu… Anyway welcome home Lee Zii Jia! 

Baca: “Boleh pukul cinta saya” – Lee Zii Jia Trending, Peminat Sedia Lightstick Nak Support di Olimpik 2024

Leee

Sumber: Instagram
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.