in

Genting Highlands Premium Outlets Akhirnya Dibuka Dengan Banyak Tawaran Dari Lebih 150 Kedai Berjenama!

Gpo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bergembiralah wahai rakyat Malaysia sekalian! Genting Highlands Premium Outlet (GPO) akhirnya dibuka secara rasmi!


Terletak hanya 45 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, rakyat Malaysia yang suka membeli-belah kini boleh mencari lebih daripada 150 pereka dan kedai jenama di sana.

Antaranya, Adidas, Kate Spade New York, Superdry, Michael Kors, Coach dan baaaaanyak lagi!

Gpo1
sumber: facebook
Gpo2
sumber: facebook
Gpo3
sumber: facebook

Meskipun ianya adalah premium outlet kedua di Malaysia selepas Johor Premium Outlets, tetapi kali ini ia adalah premium outlet pertama berada di puncak bukit di Asia Tenggara! Bayangkan shopping dalam suasana sejuk, macam dekat overseas!

Gpo4
sumber: facebook

Mungkin pembukaannya tidak terlalu dihebahkan dan dibuat kecil-kecilan, tetapi promosi dan tawaran yang diadakan semestinya besar! Sebagai contoh, 50 pelanggan pertama yang menghabiskan RM1,000 dan ke atas di Polo Ralph Lauren akan menerima diskaun sebanyak RM100!

Selain itu, 100 pelanggan pertama yang membeli belah di Coach Mickey akan menikmati penjimatan 50% + 30% + 10%.

Gpo5
sumber: facebook

GPO juga turut memuat naik gambar di Instagram menunjukkan pelbagai jenama yang menawarkan diskaun kepada pelanggan mereka!

 

Gpo6
sumber: instagram
Gpo8
sumber: instagram
Diskaun1
sumber: instagram
Diskaun2
sumber: instagram

Anda pasti teruja jika mendapat khabar berita tentang kopi dan aiskrim percuma kan? 

Well, Baskin-Robbins dan Starbucks menawarkan 150 pelanggan pertama mereka aiskrim percuma dan ice blended coffee! Daaaaaan, bagi 100 pelanggan pertama yang berbelanja sebanyak RM200 dan ke atas di GPO akan diberikan tiket percuma Awana Skyway dari 15 hingga 24 Jun.

Gpo9
sumber: trip advisor

Jika anda sedang merancang untuk shopping raya di sana, make sure anda tahu ia dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

So, dah bersedia nak shopping ke tu?

Baca: 8 Kafe Aiskrim Unik di Lembah Klang Anda Perlu Cuba

Aiskrim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.