in

“Generasi muda sekarang dah rosak” – Majikan Dikecam Tak Terima Intern Gara-Gara Minta Temuduga Online

Majikan Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk sesetengah pelajar tahun akhir yang perlu menjalankan latihan amali, mencari syarikat yang sesuai dan bersetuju untuk menerima mereka sebagai pelatih kadangkala agak sukar dan proses ini biasanya akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar.


Pun begitu, perlu diingatkan bahawa realiti dunia pekerjaan yang kadangkala tak seindah yang digambarkan selain pelajar perlu segera mengadaptasi dengan polisi atau cara kerja di syarikat berkenaan.

Ada kalanya, pelajar pelatih ini akan diuji dengan pelbagai ujian contohnya majikan yang mengambil kesempatan ke atas intern, dibuli oleh pekerja senior dan pelbagai lagi.

Jason Goodman Oalh2Mojuuk Unsplash

Terbaru, seorang pemilik sebuah agensi rekaan di Singapura telah ‘mengadu’ di Facebooknya tentang ‘perangai’ salah seorang calon pelatih yang ingin mendapatkan tempat latihan amali di syarikatnya.

Menurut laporan portal tempatan, majikan tersebut bersetuju untuk tetapkan tarikh temuduga dan mengetepikan segara urusan lain untuk mengadakan sesi tersebut dengan bakal pelatih yang bernama Sarah itu.

Menurut posting oleh Jeffrey Koh tersebut, dia agak ragu dengan sikap Sarah kerana dia telah memberitahu bahawa dia meninggalkan tempat kerja lamanya gara-gara persekitaran kerja yang toksik.

Screenshot 2 1

Pada awalnya, Sarah bersetuju untuk hadir ke temuduga yang telah ditetapkan di pejabat sebelum bertanyakan sama ada temuduga berkenaan boleh diadakan atas talian atau tidak.

Perkara ini telah membuatkan Jeffery membatalkan temuduga berkenaan dan memuatnaik status ‘aduan’ tersebut di Facebooknya.

Undang Perdebatan Netizen

Namun begitu, tindakan Jeffery yang dilihat tidak profesional tersebut telah mengundang kecaman ramai di ruangan komen posting berkenaan dengan ada yang menyebelahi Jeffery dan tak kurang juga yang mempertahankan pelatih tersebut.

Ada yang menyifatkan bahawa dia seorang ‘boomer’ yang tidak berhati perut selain sikapnya yang tidak profesional kerana memalukan pelatih berkenaan tanpa memberi peluang kepada pelatih tersebut untuk menjelaskan permintaannya.

Cats 17

Selain itu, ada yang mengatakan bahawa apa yang diminta Sarah tidak keterlaluan kerana dia bertanyakan dengan elok dan ianya merupakan satu soalan yang munurut netizen boleh dijawab secara baik oleh Jeffery.

Pun begitu, majikan tersebut juga telah mengeluarkan keterangan lanjut dan menceritakan situasi sebenar yang membuatkan dia bertindak sedemikian.

Korang pernah tak berada dalam situasi yang sama? Atau seakan-akan mungkin?

Baca : Nak Kejar Minat, Pemuda Sanggup Tolak Tawaran Belajar Di Universiti Untuk Jadi Pemandu Bas

F1 Dbsgp

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.