Untuk adik-adik yang mungkin masih lagi buntu tak tahu nak sambung belajar dalam bidang apa di universiti nanti, pilih lah bidang yang diminati.
Minat tu penting, sebab kalau kita ikut kawan tapi tak minat pun course tu, mungkin akan sengsara untuk habiskan belajar.
Itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda di Singapura ini apabila dia memutuskan untuk menolak tawaran belajar di universiti untuk mengejar impian dan cita-citanya sebagai seorang pemandu bas.
Memetik laporan Mothership.sg, pemuda berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Matthew Tay kini berkhidmat sebagai pemandu bas di syarikat pengangkutan A&S Transit.
Matthew sering berkongsikan kehidupannya sebagai seorang pemandu bas muda di akaun TikTok idrivebus.
@99colours bus uncle but i’m 23 #sgbus #busdriversoftiktok #singapore #fyp
Menurut pemuda ini, dia sememangnya meminati bas sejak berusia tujuh tahun lagi. Ketika itu, dia akan melukis setiap bas yang dijumpainya di atas jalan raya.
Setelah dewasa, dia kemudiannya menyertai kumpulan peminat bas di mana mereka akan mengambil gambar bas-bas yang mereka nampak di jalan raya.
Pada mulanya, ibu dan bapanya keberatan untuk membenarkannya untuk menjadi pemandu bas. Namun, setelah dipujuk, kedua-dua mereka bersetuju untuk Mattew mengejar minatnya dalam bidang ini.
Difahamkan, Matthew bekerja sebagai pemandu bas secara sambilan, jadi dalam masa yang sama, dia tetap berpeluang untuk mencari pengalaman atau kerja dalam bidang lain juga.
Menurut pemuda ini lagi, dia tidak mahu membuat sesuatu yang tidak diminati, kerana baginya, lebih baik pilih kerjaya yang diminati supaya kita boleh berseronok sambil bekerja.
Betul jugak tu, kalau kita tak minat sesuatu pekerjaan tu, mesti nak bangun pagi pergi kerja pun malas kan.
So, untuk korang semua, buat lah benda yang korang minat. Jangan asyik nak ikut kawan je.
Sumber: Mothership.sg
Baca: Viral Makcik ‘Cleaner’ Fasih Cakap Jepun, Rupanya Boleh Bertutur 5 Bahasa!