Sejak jatuhnya kerajaan Najib, premis milik bekas Perdana Menteri Malaysia telah diserbu dan barangannya telah dirampas. Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat sebelum ini.
Sejak disoal siasat, ramai membuat spekulasi bahawa Najib bakal ditangkap tak lama lagi. Sedangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pun pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Najib boleh ditangkap bila-bila masa sekiranya bukti dah cukup.
Nampaknya hari ini segala persoalan dan penantian mengenai penangkapan Najib telah terjawab kerana menurut Harian Metro, Najib dipercayai telah ditahan oleh SPRM di kediamannya dekat Langgak Duta jam 3 petang tadi.
Menurut Berita Harian, Pasukan Petugas 1MDB hanya menahan Najib seorang dan dijangka dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur, esok (4 Julai 2018) pada jam 8.30 pagi.
Sementara itu, Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB, dalam satu kenyataan mengesahkan membuat tangkapan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekitar jam 3 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.
Sebarang info akan dikemaskini dari masa ke masa.