in

Gempa Bumi Berukuran 5.6 Skala Ritcher Gegarkan Indonesia, Korban Meningkat Kepada 162

Gempa Cianjur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam berlakunya gempa bumi berskala 5.6 skala Ritcher di Jawa Barat, Indonesia yang berpusat kira-kira 17.7 kilometer (km) di barat daya Ciranjang-hilir.

Menurut laporan United Press International, gabenor wilayah Ridwan Kamil memberitahu peningkatan jumlah kematian daripada 56 kepada 162 lewat petang semalam, sambil menambah bahawa 326 orang mengalami kecederaan.


Beliau turut berkata, kebanyakan kecederaan melibatkan patah tulang akibat terlibat dalam runtuhan.

Qu 1669090175

Gabenor wilayah itu juga menambah lebih 13,000 orang telah kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi tersebut dengan lebih 2,200 rumah rosak.

Herman Suherman, ketua pentadbiran di Cianjur, mengesahkan jumlah kematian sebelum ini dan memberi amaran bahawa jumlah itu akan meningkat kerana ramai orang yang masih terperangkap serta ada yang tersekat akibat tanah runtuh.

“Kami akan terus mengira (angka kematian dan kecederaan) serta bilangan mangsa dijangka meningkat,” kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB).

Sebagai info, gegaran itu juga boleh dirasai di wilayah Jawa Barat termasuk Sukabumi, Bogor dan Bandung, serta di ibu kota Jakarta kira-kira 60 batu ke utara.

#PrayForIndonesia 

Baca: “Kecoh!” –  [VIDEO] Ramai Panik Ingatkan Gempa Bumi, Rupanya Hanya Jubin Retak di Harbour Mall Sandakan

Jubin Retak

Sumber: BH Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.