Setakat ini, 26 telah terkorban dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.0 skala ritcher yang mengegarkan Laut Aegean di Turki dan perairan Greece semalam.
Pihak Berkuasa Tempatan telah melaporkan 24 orang telah terkorban di perairan barat Turki, manakala dua remaja turut terkorban di Pulau Samos di Greece akibat gempa bumi berkenaan.

Gempa itu, yang dirasakan dari Istanbul ke Athens, Greece melanda dekat kota peranginan Turki, Izmir, yang mempunyai kira-kira tiga juta penduduk.

Menurut laporan CNN, sekurang-kurangnya 20 bangunan di Bandar Izmir, Turki telah musnah. Gempa bumi ini telah mengakibatkan 804 orang cedera dan pasukan mencari dan menyelamat terpaksa dikerahkan bagi mencari mangsa.

