Masalah gelandangan tak hanya berlaku di Malaysia, malah di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan juga turut menghadapi isu yang sama.
Baru-baru ini, viral di Thailand apabila seorang gelandangan di sana menghias ruang jejantas dan jadikan tempat itu sebagai bilik tidurnya.
Kisah gelandangan itu pada mulanya telah dikongsikan menerusi sebuah akaun TikTok yang dikenali sebagai jittakorn_pochoo.
https://www.tiktok.com/@jittakorn_pochoo/video/7132436410111479067?is_from_webapp=v1&item_id=7132436410111479067&web_id=7117877121737115138
Dalam video tersebut, dapat dilihat gelandangan itu menghias kawasan hujung jejantas dengan langsir untuk melindungi tempatnya berehat daripada cahaya matahari.
Selain itu, dapat dilihat juga dia turut menjadikan kotak polisterin sebagai katilnya dan ia turut dialas dengan kain agar lebih selesa untuk baring.
Siap ada bantal lagi tau! Lagi menarik perhatian ialah dia juga menghias bahagian lantai dengan lantai laminate, mungkin supaya tidak menyejukkan kaki ketika waktu malam.
Sekali tengok, memang nampak agak selesa namun ramai pejalan kaki lalu lalang di kawasan itu.
Walau bagaimanapun, setelah video tersebut tular, pihak berkuasa Thailand kemudiannya telah datang dan mengosongkan jejantas tersebut daripada barang-barang milik gelandangan itu kerana ia boleh menyusahkan pejalan kaki yang menggunakan tempat awam tersebut.
Walaupun ramai netizen Thailand yang bersimpati dengan nasib gelandangan itu, namun dalam masa yang sama ramai juga yang mengatakan tindakan itu wajar dilakukan kerana ia boleh mengganggu pengguna jejantas itu.
Sumber: The Thaiger
Baca: “Boleh tiru”- Thailand Ubah Bahagian Bawah Jambatan & Flyover Jadi Tempat Riadah