in

Gara-gara ‘Update’ Status WhatsApp Palsu Pasal Kes Covid-19, Suri Rumah Didenda RM5,000

Wa3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat hanya ingin menggesa orang ramai untuk berhati-hati, tetapi ia makan diri kepada seorang suri rumah berumur 28 tahun ini, apabila tertuduh, Norjannah Rusli, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis atas pertuduhan menyebarkan maklumat tidak benar di status WhatsaApp berkenaan dengan kes Covid-19 di Arau pada April lalu.


Dia didenda RM 5,000 atas pertuduhan menyebarkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan berita yang tak benar di Lot 8664, Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau jam 10.31 pagi pada 18 April lalu.

Pertuduhan itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021, lapor Berita Harian.

 

Update status, didenda RM 5,000

Jika sabit kesalahan dia boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara hingga 3 tahun atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, suri rumah tersebut boleh didenda lagi tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pendakwaan itu telah dibuat oleh Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail, tertuduh pula diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan dan dibantu oleh peguam, Siti Hajar Che Ahmad daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Dalam hujah Mohd Nordin, kes sebegini berlaku pertama kali di Perlis dan biarpun kesalahan ini dilakukan oleh tertuduh buat kali pertama, perbuatan itu telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk dan guru sekolah itu.

Wa2

Pada 20 April lepas, tertuduh mendakwa ada kes penularan Covid-19 di sebuah sekolah di Arau, kononnya ada 9 orang murid dari SK Guar Nangka disahkan positif Covid-19.

Namun Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Naharudeen Othman sisatan mendapati hanya seorang sahaja yang disahkan positif selepas pihak JPN membuat laporan polis di IPD Kangar dan mendapat hasil siasatan.

Pihak pendakwaraya memohon satu hukuman setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran untuk tidak menyebarkan maklumat tidak sahih sesuka hati.

Bagaimanapun, Zuhair meminta mahkamah untuk meringankan hukuman kerana tertuduh sedang hamil 28 minggu, mempunyai 2 orang anak kecil berusia 4 dan 5 tahun dan suami yang sudah kehilangan kerja sebagai pemandu lori akibat Covid-19.

Wa

Zuhair juga menjelaskan bahawa tindakan tertuduh itu adalah kerana kegusarannya dan menggesa masyarakat supaya berhati-hati terhadap Covid-19.

Oleh sebab itu, hakim Musyiri menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5,000 kepada tertuduh dan tertuduh boleh dipenjara 5 bulan jika bayar denda berkenaan dan pembayaran telah dibuat oleh tertuduh.

 

Baca : Isteri Salam Raya Suami Bertugas Di ‘Roadblock’ Dikompaun RM2,000, Ahli Perniagaan ‘Offer’ Nak Bayarkan

Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.