in

Gara-gara Selisih Faham Dengan Kekasih, Pelajar Tingkatan 4 Maut Ditekup Bantal

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis menahan seorang penganggur lelaki berusia 24 tahun kerana disyaki telah membunuh kekasihnya berusia 16 tahun di rumah keluarganya di Kampung Idaman, Pandamaran.



Menurut Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, mangsa dipercayai mati lemas selepas mukanya ditekup dengan bantal dipercayai akibat perselisihan faham.

Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila suspek membawa mangsa ke dalam biliknya pada jam 2 pagi sebelum pertengkaran berlaku antara mereka sehingga menyebabkan kematian.

Suspek kemudiannya mengangkat mayat mangsa keluar dari biliknya ke halaman rumah sebelum mengetuk bilik ibu bapanya meminta pertolongan. Pegawai perubatan kemudiannya mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.”

Pemeriksaan lanjut ke atas mayat mangsa turut menemui kesan lebam dan calar di bahagian muka dan leher mangsa.

Dsokkada 1656322564

Keputusan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal kerana lemas ditekup dengan bantal.”

Pihak polis turut merampas bantal dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa dan beberapa barang peribadi milik mangsa dan suspek seperti baju, beg tangan, topi keledar, kasut serta dompet sebagai bahan bukti.

Untuk pengetahuan korang, mangsa dan suspek telah pun mengenali satu sama lain sejak setahun yang lalu. Malah, ahli keluarga kedua-dua belah pihak juga mengetahui tentang hubungan mereka kerana suspek beberapa kali pernah membawa mangsa ke rumahnya.

Suspek kini telah ditahan reman sehingga 3 Julai bagi membantu siasatan dan kes ini akan disiasat di bawah Sekysen 302 Kanun Keseksaan.

 

Baca: Lelaki Dituduh Bunuh Kekasih Rupa-rupanya Teman Wanita Mati Tertelan Pencungkil Gigi

Screenshot 2022 06 28 At 11.04.09 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.