in

Buka Tudung & Lempar Dalam Unggun Api, Ini Apa Yang Berlaku Di Iran Sekarang!

Wh

Negara Iran tak lain tak bukan sering mendapat kontroversi dari segi politik dimana negara tersebut sering bergolak dan berperang sehingga menyebabkan ramai rakyatnya yang tidak berdosa telah terkorban lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak, kaum wanita dan warga emas.

Seperti baru-baru ini, dunia digemparkan dengan kejadian yang agak menyedihkan telah berlaku di Iran apabila satu rusuhan telah berlaku di sana sehingga difahamkan ada yang terkorban dalam acara yang agak menyayat hati itu.

Persoalannya, rusuhan apa yang telah berlaku di sana? Mari min kongsikan kronologi bagaimana protes atau rusuhan di Iran boleh berlaku.

Kematian seorang wanita punca rusuhan besar berlaku

Pada 13 September, Mahsa Amini, seorang wanita Kurdish-Iran berusia 22 tahun sedang dalam perjalanan ke ibu kota Tehran untuk melawat saudara-mara. Namun, dia telah ditangkap oleh polis moral kerana telah melanggar undang-undang negara dengan tidak memakai tudung dengan betul semasa di sana.

63169124 303

Dia dikatakan telah dibawa ke dalam van polis dan dipukul dengan teruk sehingga koma. Selepas tiga hari, Mahsa Amini dilaporkan meninggal dunia didalam tahanan polis.

Melalui tragedi ini, rata-rata warganet meluahkan rasa marah terhadap pihak polis kerana sanggup bertindak kejam terhadap wanita tersebut hanya kerana dia tidak memakai tudung dengan betul.

Pihak polis menafikan kematian Mahsa Amini dan mengatakan punca kematian wanita tersebut adalah serangan jantung dan kecederaan berlaku kerana dia terjatuh lantai.

Namun, saksi yang bersama Mahsa Amini dalam tahanan melihat sendiri bahawa wanita tersebut telah dipukul sehingga berlaku pendarahan di otak dan strok.

 

Dapat perhatian dunia, kerajaan Iran bertindak sekat penggunaan internet

Tragedi tersebut mendapat perhatian dunia sehingga kerajaan di sana telah bertindak untuk menyekat penggunaan internet di sana daripada tersebar pelbagai propaganda mengenai kematian Mahsa Amini itu.

Untuk pengetahuan korang, Iran mempunyai censorship dalam penggunaan internet yang sangat ketat dan terhad untuk rakyatnya. Kebanyakan masyarakat Iran di sana bertindak mengguna VPN untuk mengakses beberapa aplikasi yang diharamkan di sana seperti Instagram dan Whatsapp.

Melalui kaedah itu, rakyat di negara itu dapat berkongsi kejadian sebenar yang berlaku kepada dunia sekaligus menarik perhatian dunia untuk membantu dan memberi kesedaran terhadap tindakan keganasan polis di sana.

Rusuhan berlaku di seluruh dunia, campak tudung dalam unggun api sebagai tanda solidariti

Iran sememangnya telah berlaku banyak rusuhan di antara rakyat dengan kerajaan sebelum ini cuma pada kali ini sangat berbeza apabila rata-rata rakyat di sana turun padang untuk menunjukkan solidariti terhadap kematian Mahsa Amini.

Fail2709Hm 1664249721

Menurut Harian Metro, lebih 1,200 penunjuk perasaan di Iran ditahan sebagai tindakan keras pihak berkuasa dalam usaha menamatkan 10 hari tempoh rusuhan akibat kematian Mahsa Amini.

Iran telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk menentang para penunjuk perasaan yang dikatakan telah merebak di seluruh negara itu.

Media tempatan melaporkan, jumlah tangkapan yang dilaporkan secara rasmi daripada pelbagai pegawai meningkat kepada lebih 1,200 orang termasuk 450 di utara wilayah Mazandaran, lebih 700 dilaporkan di Gilan, pada Sabtu, dan puluhan lagi di beberapa wilayah lain.

126839173 Gettyimages 1243485133.Jpg

Protes meletus lagi di seluruh Iran, semalam, ketika orang ramai menjerit ‘mati kepada diktator’, menyeru pengunduran pemerintahan lebih tiga dekad pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.

Tidak di Iran sahaja, rusuhan dan protes juga turut berlaku di beberapa negara di Eropah seperti London dan Paris dengan orang ramai terutama wanita bertindak melemparkan tudung mereka dalam unggun api, dan tempat pembuangan sampah sebagai tanda solidariti.

Sehingga kini, sekurangnya 76 penunjuk perasaan telah maut sepanjang 10 hari rusuhan berlaku untuk menegakkan keadilan terhadap kematian wanita yang meninggal dunia di dalam tahanan polis.

Takziah diucapkan kepada keluarga Mahsa Amini dan semoga keadilan dapat ditegakkan…

Baca: “Ada-ada je warga Indo ni” – Tanggal ‘Masker’ Ketika Rusuhan, Lelaki Indonesia Ini Buat Netizen Terbahak

Screenshot 2022 09 28 At 4.45.59 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal