in

Gara-gara RM4, Budak 11 Tahun Meninggal Dunia Dipukul Pelajar 16 Tahun

Collage 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sampai bila budaya membuli dan membelasah ni nak berterusan di sekolah?

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia gara-gara dibelasah pelajar berusia 16 tahun.


Memetik laporan dari Utusan, kejadian ini berlaku di surau kompleks rumah anak yatim dan miskin di Kuantan.

220322 Phg Maut Belasahasrama

Difahamkan, mangsa Muhammad Hafdan Qurbani Azhar disepak, dicekik dan dihempas ke lantai sehingga tak sedarkan diri kerana disyaki mengambil wang sebanyak RM4.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa telah dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri ke rumah penyelia asrama oleh tiga pelajar lain.

Penyelia asrama yang mengesyaki mangsa mengalami sawan membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia dan pengadu segera membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Polis kemudian telah menahan reman seorang pelajar berusia 16 tahun selama tujuh hari untuk siasatan lanjut kes tersebut.”

Siasatan awal mendapati motif kejadian adalah kerana suspek tidak berpuas hati dan ada unsur dendam terhadap mangsa serta terdapat saksi ketika insiden ini berlaku.

Mangsa telah pun dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan siasatan lanjut kes ini adakan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Allahu, harapnya mangsa dapat keadilan yang sewajarnya.

 

Baca: Suami Isteri Didakwa Ambil 17 Anak Yatim & Paksa Buat Kerja Rumah Kalau Tak Nak Didera

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.