in

Suami Isteri Didakwa Ambil 17 Anak Yatim & Paksa Buat Kerja Rumah Kalau Tak Nak Didera

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu pasangan suami isteri telah ditahan baru-baru ini kerana disyaki mengeksploitasi kanak-kanak selepas mangsa berusia 18 tahun yang “dikurung” sejak tahun 2017 berjaya melepaskan diri dan membuat laporan di Balai Polis Brickfields.


Menurut FMT, selepas remaja tersebut berjaya keluar dari rumah tersebut dia telah membuat laporan polis pada jam 4.10 petang mendakwa ada beberapa kanak-kanak dieksploitasi di sebuah rumah di Taman Bukit Seputeh, Kuala Lumpur.

Bd42Ab42D3044189A6887Eabc8Ebb8D7

Siasatan awal mendapati, lelaki berusia 55 tahun dan isterinya berusia 54 tahun ini telah mengambil seramai 17 kanak-kanak dari sebuah rumah anak yatim di Kulim, Kedah untuk di bawa ke rumah mereka pada 2017 yang lalu.

Di sana, kesemua kanak-kanak ini telah dikerah untuk membuat kerja rumah sepanjang hari. Pasangan ini juga turut mengugut akan memukul kesemua kanak-kanak ini jika ingkar.

Child Trafficking Child Abuse Pemerdagangan Manusia Freepik

Dalam kenyataan, polis mengatakan seramai 14 kanak-kanak telah berjaya melarikan diri sejak diambil dari rumah anak yatim dan bila tangkapan dibuat, seramai 5 orang kanak-kanak berusia dari lapan ke 17 tahun telah diselamatkan dari rumah tersebut.

Pasangan suami isteri ini kini sedang disiasat kerana memperdagangkan kanak-kanak di bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. Jika disabit kesalahan, mereka boleh dipenjarakan selama tiga ke 20 tahun dan denda.

 

Baca: “Saya dihukum kerana membuat kebajikan” – Lepas Disabit Bersalah, Najib Dakwa Dana SRC Sebenarnya Digunakan Untuk Umno & Anak Yatim

Screenshot 2021 06 01 At 3.30.54 Pm

Sumber: CGTN
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.