in

Gara-gara Kantoi Curang, Suami Sanggup Telanjang Bulat Atas Kereta Demi Nak Selamatkan Perkahwinan

kereta bogel
Lobak Merah
Lobak Merah
Gara-gara Kantoi Curang, Suami Sanggup Telanjang Bulat Atas Kereta Demi Nak Selamatkan Perkahwinan
Loading
/

Sekarang ni memang musim curang ke macam mana? Banyak betul kisah lelaki tak setia tengah tersebar di media sosial.

Yang paling baru hari ini ialah kisah seorang lelaki dari Columbia yang dikatakan telah terkantoi curang dengan isteri dan sekaligus dikenakan denda untuk berbogel di khalayak ramai. Ops! 

 

Sanggup berbogel atas kereta demi memohon keampunan isteri

Menurut The Sun, isteri kepada lelaki tersebut sanggup memalukan suaminya sendiri dengan menyuruhnya meniarap di atas kereta yang berjalan menyelusuri jalan raya sesak kat tengah-tengah Columbia.

Tambah sumber, si suami, Jairo Vargas terpaksa melakukan perbuatan memalukan tu dengan harapan untuk mohon keampunan isterinya dan menyelamatkan perkahwinan mereka. Aduhhh…

Sumber: The Sun

Isteri Vargas, yang tak mahu dikenali tu katanya telah menangkap suaminya curang dengan perempuan lain dekat sebuah motel di Barranquilla, Caribbean.

 

Diketawakan khalayak ramai sampai jalan raya jammed tengok adegan telanjang

Kelakuan ‘luar biasa’ tersebut menyebabkan jalan di Murillo Avenue, Columbia jammed teruk dan kebanyakan netizen yang merakam situasi terbabit ketawa terbahak-bahak melihat nasib yang menimpa lelaki malang itu. 

Lelaki terbabit yang ternyata kesal dengan perbuatannya kelihatan meniarap di atas kereta yang sedang berjalan di jalan raya sambil menutup wajahnya dengan towel. Dia juga dilihat mengetuk-ngetuk tingkap pemandu dan menggosok-gosok windshield kereta. Kesian! 

park 1

park 2
Sumber: The Sun

Kejadian tu kemudian mendapat perhatian Columbian National Police yang seterusnya menahan Vargas dan menyamannya kerana menyebabkan kekecohan di jalan raya.

Vargas dan pemandu kereta tersebut, kedua-duanya dikenakan denda 120 pound bersamaan RM637.

park 3
Sumber: The Sun

Aaaa itulah dia balasan kepada lelaki yang curang. Kesian! 

Baca: Simpan Gambar Bogel Isteri Rakan Dalam Handphone, Lelaki Maut Dipukul Bertubi-tubi Dengan Rotan

phone