in

Ganja Digugurkan Dalam Senarai Dadah Terlarang, Rakyat Thailand Raikannya Seperti Perayaan

Cover 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti perayaan! Itulah ungkapan yang sesuai digunakan untuk menggambarkan keadaan di Thailand apabila undang-undang baharu telah menggugurkan ganja daripada senarai dadah terlarang.


Untuk rekod, Thailand merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang ‘menghalalkan’ ganja pada tahun 2018 untuk kegunaan perubatan dan kajian.

2 15

3 3

Dalam undang-undang baharu itu, penduduk Thailand boleh menanam pokok ganja di halaman rumah mereka selepas memaklumkan kepada kerajaan tempatan. Bagaimanapun, ganja tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial tanpa lesen lanjut.

Memetik laporan sumber, Rattapon “Guide” Sanrak, pengasas sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Highland yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kebaikan ganja turut hadir di ‘perayaan’ ini.

“Ia adalah perkara besar, satu langkah besar – sesuatu yang kami tidak jangka akan berlaku secepat ini. Itulah sebabnya kami berkumpul di sini hari ini”, kata Guide.

4 9

1 13

Dsc00200 1

Namun begitu, orang ramai masih perlu menunggu sebelum peraturan itu diwartakan dalam Warta Diraja dan dikatakan perlu menunggu selama 120 hari sebelum undang-undang menanam ganja di kawasan rumah menjadi sah.

Adakah undang-undang ini boleh digunakan di Malaysia? Berikan pendapat anda di ruangan komen!

Kredit: Coconuts Bangkok, CNN

BACAUS Bagi Ganja Percuma Untuk Galakkan Orang Ambil Vaksin Covid-19

Capture 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.