in

US Bagi Ganja Percuma Untuk Galakkan Orang Ambil Vaksin Covid-19

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan-kerajaan di serata dunia telah membuat pelbagai kempen bagi meyakinkan orang ramai untuk mengambil vaksin agar imuniti kelompok boleh dicapai.


Antara yang menarik, kerajaan negeri Washington di Amerika Syarikat baru-baru ini telah membenarkan penjual-penjual ganja berlesen untuk berikan satu batang rokok ganja kepada pengguna dewasa mereka yang telah menerima vaksin Covid-19.

Program ini merupakan inisiatif terbaru kerajaan di sana untuk mencapai sasaran mereka memvaksinasikan seramai 70% orang dewasa.

3000

Dikatakan, sebelum kebenaran diberikan, kerajaan di sana telah menerima beberapa permintaan dari penjual ganja berlesen untuk mempromosikan ganja percuma ini bagi menggalakkan orang ramai mengambil vaksin.

Kempen yang dinamakan “Joints for jabs” ini telah bermula sejak Isnin lalu dan akan berterusan sehingga 12 Julai.

Syaratnya, orang yang dah ambil vaksin hanya boleh dapat satu batang rokok ganja sahaja dan tak boleh ditukarkan dengan ganja bentuk lain dan hanya boleh diberikan kepada orang yang berumur 21 tahun dan ke atas.

Sebelum Washington, Arizona terlebih dahulu menggunakan ganja sebagai inisiatif untuk galakkan orang ambil vaksin. Dispensari Ganja Pudina bersama kumpulan perubatan telah menawarkan ganja berbentuk rokok dan gula-gula gummy bear ganja kepada orang yang ambil vaksin dengan memberikan nama “Snax for Vaxx.”

Selain ini, negeri-negeri yang lain juga turut menggunakan strategi kreatif untuk beri hadiah kepada orang yang ambil vaksinasi seperti wang tunai, peluang untuk memenangi senapang dan tiket percuma ke taman tema. Best jugakkan?

Mungkin kalau Malaysia pun offer hadiah mesti lagi ramai orang daftar vaksin, siapa tak nak barang percuma?

Sumber: The Guardian, USA Today

 

Baca: “I DON’T TEST SMOKE, ini bukan black market” – Wanita Malaysia Jelaskan Skop Sebenar Kerjanya Di ‘Kebun’ Ganja Dekat USA

Screenshot 2021 06 10 At 12.27.03 Pm

Sumber: The Guardian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.