in

Ganggu Lalu Lintas, Polis Cari Penyokong Parti Berlagak ‘Marsyal’

Ft Mat Motor Berlagak Marsyal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan musim PRU15 ini dah semakin hampir, pastinya di kawasan perumahan akan rancak membentangkan kain rentang parti di sepanjang jalan.

Tidak lupa juga akan ada konvoi oleh kumpulan penunggang motosikal mengelilingi kawasan perumahan sambil mengibarkan bendera parti.


Bagaimanapun, tidak perlu lah sampai mengganggu ketenteraman awam dan pengguna jalan lain seperti yang berlaku di Taman Desa Dahlia, Senawang kelmarin.

Mat motor berlagak marsyal

Menurut Kosmo! pihak polis kini sedang mengesan sekumpulan penunggang motor tersebut, Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, rakaman video yang berdurasi 33 saat itu tular sejak hari Isnin kira-kira jam 6.47 petang.

Mereka dilihat telah menghalang dan mengganggu kelancaran lalu lintas serta pengguna jalan raya lain yang melalui jalan terbabit.

Screenshot 2022 11 09 185632

“Dalam video itu memaparkan aksi sekumpulan lima penunggang motosikal yang membawa bendera parti politik menahan kenderaan di simpang empat lampu isyarat di Taman Desa Dahlia, Senawang.”

“Tindakan itu bagi memberikan laluan kepada lapan kenderaan yang dipercayai daripada parti politik yang sama, kejadian itu telah mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.”

Sehubungan itu, Ahmad Dzaffir mengatakan bahawa pihak polis kini sedang mengesan kesemua pemandu dan penunggang yang terlibat dalam rakaman video tular tersebut untuk membantu siasatan.

Screenshot 2022 11 09 185908

“Tindakan mereka sebagai marsyal dengan menahan dan mengawal kenderaan yang melalui lampu isyarat itu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 21(1) Akta Polis 1967.”

“Tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Seksyen 94 Akta Polis 1967, jika seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Tambah beliau, pelaku boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas di mana mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih RM2,000.

Baca : PRU15 : Ini ‘Highlight’ Manifesto Dari PN, PH & BN Kepada Pengundi

Ft Tawaran Parti Pru15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.