in

Gaming Chopsticks Holder: Utensil Khas Buat ‘Gamers’ Untuk Elakkan ‘Controller’ Kotor Ketika Makan Sambil Bermain

Gaming Chopsticks Holder

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa saja yang suka jika barang kesayangan kotor? Sebagai seorang gamers, memang pantang habislah kalau controller game berminyak sebab ada yang gunakan sambil makan.



Untuk mengatasi masalah ini, sebuah syarikat di Jepun, B’full telah mencipta Gaming Chopstics Holder yang membenarkan penggunanya menggunakan controller permainan video dan chopsticks pada masa yang sama. Ini akan membenarkan penggunanya makan tanpa perlu berhenti bermain permainan video dan dapat elakkan controller daripada berminyak atau kotor.

Gaming E1630810889923

Cara penggunaannya pula tak jauh beza dengan menggunakan chopsticks biasa, cuma korang akan menggunakan bahagian jari telunjuk dan jari hantu yang perlu digerakkan bersama untuk mengambil makanan.

Tapi, jika anda menghadapi masalah untuk menggunakan alat ini, jangan risau sebab syarikat B’full juga ada sertakan panduan bergambar bagi kegunaan pelanggannya.

Gaming 2 E1630811247772

Selain diciptakan untuk mengelakkan controller game korang daripada terkena kotoran dan minyak, Gaming Chopsticks Holder juga berperanan mengelakkan korang meletakkan chopsticks ni di atas meja kalau korang nak berhenti daripada makan sekejap. Kiranya, macam nak elak kuman dan meja kotor gitu!

Walaupun Gaming Chopsticks Holder ni tidak didatangkan dengan chopsticks semasa pembelian, ada juga panduan disediakan untuk membantu pelanggan mencari chopsticks dengan saiz yang sesuai.

Gaming 1 E1630811010833

Apa yang lebih menairk mengenai ciptaan ini adalah selain untuk gunaan gamers yang bermain menggunakan controller dan konsol, ia juga sesuai digunakan gamers yang bermain video game menggunakan telefon pintar dan komputer.

Menerusi laman web syarikat B’full atau Amazon, korang boleh dapatkan Gaming Chopsticks Holder ni dengan harga 1,210 yen (RM45.72).

Tapi, kalau tanya min lah kan, better kalau kita separate kan masa makan dan masa bermain game. Bukan apa, takut tercekik pulak dan tak nak sampai kita terlalu addicted main game.

Sumber: SoraNews24

Baca: Remaja Bawah 18 Tahun Di China Hanya Dibenarkan Main Online Games 3 Jam Seminggu

F3 Games In China E1630810700744

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.