in

Gambar Mesra Tersebar, Opick Kahwin Senyap-senyap Dengan Kawan Baik Isteri?

Opick Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa foto menunjukkan penyanyi popular dengan lagu ketuhanan, Opick memeluk dan mencium seorang wanita tersebar dan telah mencetus pertanyaan serta menjadi perbualan hangat netizen di Indonesia.


Opick4
sumber: idn times

Menurut Mstar, penyanyi berusia 43 tahun itu didakwa berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Dian Rositaningrum. Bukan itu sahaja, apa yang lebih membuatkan isterinya kecewa adalah kerana wanita tersebut merupakan salah seorang rakan baiknya bernama Wulan.

“Suami saya berkahwin dengan seorang penyanyi vokalis yang telah bekerja dengan saya selama 7 tahun. Dia (isteri kedua) makan, berak dan menginap di rumah saya selama ini.”

Opick3
sumber: bintang

Menurut Coconuts, Dian yang terlalu sedih dan marah kemudian membuat keputusan untuk mempertikaikan isu poligami yang dilakukan Opick di laman Instagram.

“Bagaimana semua isteri harus menerima imam yang berpoligami secara sembunyi-sembunyi. Adakah dengan secara terbuka anda takut dihalangi sedangkan poligami seharusnya untuk kebaikan. 

“Adakah anda tidak yakin dengan kebaikan dalam pernikahan sehingga sanggup melakukannya secara diam-diam.”

Opick
sumber: tribunseleb
Opick2
sumber: grid. Id

Menurut Tribun News, Dian juga dikatakan sangat yakin bahawa suaminya itu berpoligami bukan berlandaskan iman tetapi nafsu. Malah, wanita tersebut turut menyindir lelaki yang menganggap poligami itu sesuatu yang mudah dan sering menggunakan elemen ‘syurga’.

“Hello, masuk syurga bukan disebabkan poligami. Anda masuk syurga kerana akhlak yang baik dan takut akan Allah SWT.”

“Berfikirlah, wahai imam yang bijaksana, poligami tidak semudah memancutkan sperma ke dalam lubang yang baru.”

Ramai netizen menyatakan sokongan mereka terhadap Dian yang sedang melalui kesedihan selepas apa yang berlaku. Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun dan dikurniakan enam orang anak.

Opick1
sumber: tribunseleb

Dian dilaporkan telah pun memfailkan perceraian selepas kecewa diperlakukan sebegitu oleh suaminya. Opick pula dikhabarkan tidak menafikan atau mengesahkan dengan media sama ada benar dia telah berkahwin lain.

Baca: Dato’ Vida Terima Resume Jejaka Scotland dan Finland Berhasrat Memperisterikannya

Vida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.